Social Icons

Pages

Tuesday, July 05, 2011

PELANCONG TIDAK AKAN DATANG KE MALAYSIA KERANA PERHIMPUNAN #BERSIH ???


Usaha pemulihan dan mendapatkan semula kepercayaan pelancong terhadap tahap keselamatan Malaysia bukanlah satu perkara mudah terutama sekiranya berlaku huru-hara di negara ini.Sehubungan itu,Menteri Pelancongan,Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen melahirkan rasa bimbang ekoran penganjuran perhimpunan haram Bersih Sabtu ini akan memberi impak negatif terhadap imej negara yang selama ini dianggap aman di mata dunia.

"Jika pihak terbabit masih berdegil dan tetap mahu melakukan kekecohan, industri ini bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian pada hari tersebut malah beberapa hari selepas itu juga akan terjejas.Keadaan huru-hara ini bukan mudah untuk kita pulihkan.Bukan enam hari tetapi ia mengambil masa enam bulan untuk kita menarik semula kepercayaan pelancong bahawa Malaysia negara yang selamat untuk dikunjungi," katanya.


UTUSAN melaporkan Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Festival Arab Ramadan.Selain itu katanya,ia akan menyebabkan bukan sahaja pelancong malah 1.2 juta pekerja dalam sektor pelancongan terjejas.

Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menjelaskan,lebih membimbangkan Malaysia akan turut mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM600 juta hasil perbelanjaan para pelancong khususnya dari Asia Barat ke negara ini.

"Angka ini diperolehi sekiranya mereka mengelak daripada berkunjung ke ibu kota pada 8, 9 dan 10 Julai ini kerana bimbangkan faktor keselamatan yang tidak terjamin," katanya lagi.


Menurutnya,pada Julai tahun lalu seramai 2.2 juta pelancong dari Asia Barat melawat Malaysia,sekali gus menyumbang RM6 bilion kepada keuntungan industri pelancongan.Katanya,ini bermakna secara purata mereka membelanjakan RM200 juta sehari dalam tempoh tersebut.

"Pelancong tidak suka pergi ke tempat yang dirasakan tidak selamat yang mendedahkan situasi negatif kepada anak-anak mereka.Jadi, jika demonstrasi berlangsung ia memberi perspektif bahawa negara ini tidak selamat maka, ia adalah satu ancaman kepada ekonomi negara," katanya.



PERHIMPUNAN BERSIH BUKAN TUJUAN PILIHANRAYA !!!

TETAPI TUJUAN SEBENAR MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM !!!

PERHIMPUNAN INI ADALAH KOTOR !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates