Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis supaya menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi mempertahankan tindakan mereka ketika mengendalikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.Timbalan Perdana Menteri berkata,perkara itu perlu dilakukan segera bagi menangkis tohmahan pembangkang,media alternatif dan media asing yang mendakwa polis kononnya bertindak kejam serta di luar bidang kuasa mereka bagi menyuraikan para peserta perhimpunan haram tersebut.
"Jadi untuk mematahkan pembohongan, putar-belit pembangkang, kalau polis dah bersedia dengan bahan bukti, sama ada dalam bentuk video, perbuatan umum, elok juga perkara ini dikemukakan supaya rakyat boleh menilai siapa di pihak yang benar.Jangan hanya lihat satu pihak membuat tuntutan mereka (pembangkang dan Bersih) seolah-olah langkah yang dibuat oleh pihak berkuasa itu agak luar biasa," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau keadaan Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit,semalam.
UTUSAN melaporkan Isnin lalu,Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu polis akan menggunakan rakaman video semasa perhimpunan itu sebagai bukti untuk mendakwa pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menambah,media alternatif yang berpangkalan di dalam dan luar negara juga dilihat melakukan tohmahan terhadap pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video tindakan polis ketika menyuaraikan perhimpunan haram itu.Pada masa yang sama,katanya,media berkenaan tidak pula menyiarkan tindakan provokasi daripada para peserta seperti membaling batu dan mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya kepada polis yang bertugas mengawal perhimpunan haram itu.
Sementara itu,katanya, tindakan penganjur Bersih,para penyokong mereka dan media propembangkang yang kini giat menyalahkan polis ketika menangani perhimpunan haram itu membuktikan tuntutan mereka mengenai sistem pilihan raya hanya diada-adakan.
"Dan ada orang yang mungkin terpengaruh, termasuk sesetengah mereka yang tidak tahu hujung pangkal, tidak tahu apa tuntutan, dia (Bersih) alih pandangan daripada soal tuntutan pokok, soal tuntutan perubahan pada sistem pilihan raya kepada soal-soal lain.
Namun,menurutnya,beliau yakin polis mempunyai cukup bukti bagi menangkis segala tohmahan kerana pihak berkuasa sudah dapat membaca modus operandi penganjur Bersih dan pakatan pembangkang untuk menyalahkan polis ketika bertugas mengawal perhimpunan haram tersebut.
"Mereka (polis) juga tahu apa yang diputarbelitkan oleh pembangkang akan berlaku. Mereka sudah bersedia, kita pun sudah bersedia.Sebelum tercetusnya peristiwa 9 Julai, kita sudah bersedia, apa yang pembangkang akan buat dan sebenarnya telah pun mereka lakukan, sudah 'spin' dan sebagainya," katanya.

3 comments:
Salam,
Kerajaan tak perlu takut dengan segala dakya dan tuduhan pembangkang.
Kebodohan dan kedegilan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan bersih di dalam KL memakan diri mereka sendiri ini kerana KL dipenuhi dengan CCTV yang mana setiap gelagat dan pergerakan mereka terakam secara terus.
So inilah padahnya apabila terlalu pandai.
dan Pakatan Rakyat pun kena lah tayang video jga bg membuktikan kekasaran polis utk menepis dakyah dan pembohongan umno/bn juga...
aku rasa, vdeo klip pakatan berkenaan bersih ari tu, lbh lengkap dan lbh diyakini...
TS MHYUDIN
INI SEMUA KERJA 'PENAT'
SAMA MCM TIAP KALI HUJAN BANJIR , KITA BERSIHKAN RUMAH/KAWASAN , DTG HUJAN BANJIR LAGI , KAN PENAT
BEGITU JUGA KERENAH PEMBANGKANG DAN KETUA 'KEMUSNAHAN' YG MENGHURUHARAKAN NEGARA ,
MANA MUNGKIN 'BERSIH' INI ADA KESINAMBUNGAN ,B1/B2 MCM PERAYAAN
,,,TANGKAP PERANCANG DAN JGN KIRA APA ORG LAIN KATA TETAPI AMBIL KIRA LUAHAN SETIAP HATI RKYAT YG BENCI ,,BERSIH
BERSIH -ADALAH CIPTAAN WAKTU ERA TUNDODOL
DIANI SATU SEN PUN TALAK GUNA
MANA PERGINYA -ISLAM HADARI?
MANA MODAL INSAN ?
MANA DIA SLOGAN 'SYA BUKAN CARI
HARTA BERJUTA ?
MANA DAPAT MENCARI GHAZALI DAN
SHAFIE YG DIA TAKKAN JUMPA
YG DIA DAPT 'ISLAM HADARI , MODEL INSANI ,,DAN MENANTUNYA ' KHAIRI ,
DAN DIKELUARKANNYA 'DAJJAL'
PENEROKA BONTOT MASA KINI IA ITU SATU2NYA ANUWAR ALBONTOTNII .
HISHMUDIN -JIKA U BCA INI ,,,YOU
TOLONG MUSABAH DIRI ,SEJAK U JADI MENTRI DLM KEMENTRIAN ,,,APA JASA YG TELAH KAMU BUAT ???? TAKDA,,,
PATUT KAMU DAH 'HUMBAN' JWATAN MENTRI ,,,SEPATUTNYA
Post a Comment