Social Icons

Pages

Monday, July 18, 2011

DR LO'LO MENINGGAL DUNIA !!!


Ahli parlimen Titiwangsa,Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.15 malam tadi di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur.Allahyarhamah berusia 54 tahun.Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.Petang semalam Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan Bekas mufti Perak,Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008,banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.Bagaimanapun,pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.Jenazah Dr. Lo'lo' akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram,Kg. Dato' Keramat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.

AL-FATIHAH

No comments:

 
 
Blogger Templates