Social Icons

Pages

Tuesday, August 30, 2011

CHEGU BARD DI ASAK LAGI ???


Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendesak Badrul Hisham Shaharin membuat kenyataan bersumpah berhubung isu cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta) jika masih berdegil enggan membuat laporan polis.Kata Anuar, sekiranya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu tidak mahu berbuat demikian, maka Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard harus membuat laporan polis.

"Chegu Bard juga perlu memberi laporan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut.Jika Badrul Hisham tidak mahu membuat kenyataan bersumpah dan tidak mahu membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, maka beliau telah bertindak sama seperti Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya kepada Utusan Malaysia.

Badrul Hisham sebelum ini telah dicabar oleh pelbagai pihak supaya membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai RM72 juta.Anuar seterusnya yakin bahawa Chegu Bard tidak berani membuat kenyataan bersumpah kerana beliau tahu cincin yang dimaksudkan itu telah dipesan oleh bakal besan Perdana Menteri, Maria Nazabayev.

ANDA NAK TAHU DI SEBALIK PORTAL PEMBELIT MELOYAKINI ???

KLIK DI SINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI MERDEKA

IKHLAS DARI PENULIS BADUT RAKYAT

No comments:

 
 
Blogger Templates