Social Icons

Pages

Wednesday, August 24, 2011

GEMPAR !!! ZURAIDAH AKAN DI SAMAN OLEH KDN !!!



Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin @ Mak Lampir ekoran dakwaannya bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata tindakan itu merupakan langkah kedua yang diambil kementerian setelah laporan polis dibuat terhadap Zuraida di Balai Polis Seksyen 11,Shah Alam.

“Saya dengan ini memberi sokongan penuh kepada keputusan Jabatan Imigresen Selangor yang hari ini telah membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Zuraida sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan.Tindakan ini adalah bukti bahawa kerajaan telus dan tidak berkompromi dalam dasar mempertahankan kedaulatan negara,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.


Bernama melaporkan Minggu lepas,Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (Pati) supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.Pada skrip itu, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN”.

Justeru,Zuraida menyelar kononnya Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekaligus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.Datuk Lee Chee Leong berkata sebelum ini, pihaknya sudah berulang kali meminta Zuraida mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu namun sehingga kini,tiada.


“Sebab itu, Jabatan Imigresen membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Zuraida,” katanya.

Datuk Lee Chee Leong berkata dakwaan yang dibuat oleh Zuraida adalah tuduhan berat kepada kerajaan kerana Program 6P hanya bertanggungjawab mengambil data biometrik untuk rasional keselamatan negara dan setiap Pati didaftarkan tanpa sebarang syarat.

5 comments:

Anonymous said...

Apalah Si Tua Zuraidah ni?? Kalau ada bukti tunjukkanlah jangan main cakap-cakap kosong aja. Rakyat pun ingin tahu kebenarannya. Jika betul seperti dakwaannya kira oklah supaya senang rakyat nak buat keputusan pada PRU 13 nanti.
Dah terlampau banyak pembohongan PKR, PAS, DIPig (Pakatan Haram). Jika betul dakwaan Zuraidah, aku sanggup beri satu Undi untuk PR dan sanggup kempen untuk kemenangan PR. Jika semuanya bohong dan fitnah, lebih baik kau Zuraidah duduk rumah main dengan anak cucu aja itu yang terbaik. Lagi pun usia dah semakin malap hanya tinggal sisa-sisa aja.

Anonymous said...

Apeler dengan si Minah niiii...Rakyat asing mana boleh gundi.

Anonymous said...

budoh piang mak cik ni...tak lain nak tunjuk hebat...sebab nanti dapat tanding lagi....

Keluar statement tak pernah yang cerdik...buat malu je...

Anonymous said...

naper masa teresa cock buat crita pasai rakyat cina dulu tak di saman jugak

johan said...

Percayalah Mak Lampir ini akan lampirkan segala-galanya bukti dakwaannya.

 
 
Blogger Templates