Social Icons

Pages

Tuesday, August 02, 2011

UMMI HAIFLDA DAN MKINI.DOTCOM MENCARI BAGINDA ???


Mahkamah Tinggi Sivil,Kuala Lumpur telah dimaklumkan bahawa satu notis iklan surat khabar telah diterbitkan akhbar untuk mencari Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda atau peguamnya yang tidak pernah muncul di mahkamah sejak kes ini mula difailkan sekitar April 2011.Iklan Surat Khabar itu diterbitkan di akhbar harian Metro bertarikh pada 16 Julai 2011 yang dibuat oleh Tetuan Sahrihan & Hamdan,peguam yang mewakili pihak Ummi Hafilda Ali.

“Notis dalam akhbar itu bermaksud Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh iklan itu untuk menjawab saman fitnah yang dikemukakan oleh pihak Ummi.Jika selepas tamat tempoh itu,Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda masih melarikan diri dan enggan bekerjasama, pihak Ummi mungkin akan memikirkan alternatif lain termasuk memohon penghakiman ingkar”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz,peguam peribadi Ummi Hafilda yang dihubungi AIDCNews.

Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif (Ummi Hafilda) jika defendan (defenden pertama, Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan defenden kedua Mkini Dotcom Sdn Bhd) gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.

“Dalam konsep perundangan sama dengan konsep meminang anak dara, ‘diam ertinya bersetuju’ yang membawa maksud dia telah mengaku melakukan fitnah ke atas Ummi.Sepatutnya sekiranya Baginda Minda berada di pihak benar, dia tak sepatutnya terus menerus bersembunyi dan melarikan diri dan tidak perlu lah kita jejaki dia sampai ke tahap iklan dalam surat khabar”, katanya.

Berkenaan defenden kedua Mkini Dotcom Sdn Bhd walaupun menghantar peguamnya hadir ke mahkamah, namun pihak mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana bergantung kepada defenden pertama.

“Defenden kedua, Mkini kata mereka hanya laporkan apa yang diperkatakan defenden pertama, Baginda Minda, jadi mereka juga bergantung 100 peratus kepada Baginda Minda.Jika Ummi berjaya dapatkan penghakiman ingkar dan mahkamah memutuskan Baginda Minda bersalah memfitnah Ummi, maka secara tidak langsung, Mkini Dotcom Sdn Bhd melalui portalnya Malaysiakini juga melaporkan satu berita yang dikatogerikan fitnah”, katanya.


Mahkamah memutuskan 19 Ogos untuk mendengar semula perkembangan kes.

Lampiran Notis Iklan Surat Khabar

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: 20NCYC-45-2011
ANTARA

UMI HAFILDA BT HAJI ALI -PLAINTIF
DAN
NUR AZMAN ABDULLAH @ BAGINDA MINDA -DEFENDAN PERTAMA
MKINI DOTCOM SDN BHD -DEFENDAN KEDUA

NOTIS

(Dalam perkara Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif yang dilakukan pada 25 04 2011)
Kepada :

NOOR AZMAN ABDULLAH
@BAGINDA MINDA
A-1-09, Merchant Square,
Jalan Tropicana Selatan 1,
47410 petaling Jaya,
Selangor

AMBIL PERHATIAN bahawa satu Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dikemukakan terhadap kamu Defendan Pertama dalam Mahkamah ini dan Umi Hafilda Bt Haji Ali dan Mahkamah telah memutuskan bahawa Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 25 04 2011 dan Perintah Penyampaian Balas bertarikh 01.07.2011 disampaikan kepada kamu secara penyampaian ganti atau dengan mengiklankan suatu notis ini sekali dalam akhbar “Harian Metro” dan pengiklanan tersebut akan di sifatkan sebagai penyampaian yang cukup dan sempurna dan berkesan bagi Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut dan Perintah Penyampaian Ganti tersebut ke atas kamu selepas EMPAT BELAS HARI (14) HARI dari tarikh bagi pengiklanan tersebut.

DAN SELANJUTNYA AMBIL PERHATIAN bahawa Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut akan dibicarakan di Mahkamah ini pada 1 OGOS 2011 pada jam 9.00 pagi iaitu hari yang kamu dikehendaki hadir, dan sekiranya kamu tidak hadir, Mahkamah boleh membuat suatu Perintah Penghakiman Ingkar terhadap kamu dengan ketidakhadiran kamu.

Saman dan Pernyataan Tuntutan ini boleh diperolehi oleh kamu di Mahkamah ini.

Bertarikh pada 12 Julai 2011.

PUAN ADIBAH BINTI ABDUL KADIR
PENOLONG KANAN PENDAFTAR MAHKAMAH NCYC
BAHAGIAN SIVIL
MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

Notis ini dikeluarkan oleh
Tetuan Sahrihan & Hamdan
Peguam Cara Plaintif yang beralamat di No. 286-3 Tingkat 2
Jalan Bakri, Batu 1 1/2
84000 Muar, Johor
(Ruj : SH/L/000625/11/uhbha)
(tel : 06-9539127/iqa)

KES UMMI HAFILDA !!!

BAGINDA MINDA SUDAH LARI !!!

MALAYSIAKINI TAWARKAN KOMPROMI !!!

4 comments:

zahari1950 said...

Pihak pembangkang menjaja ke sana kemari mengaitkan Umi Hafida dengan Baginda. Malahan ada yang sampai ke tahap melebelkan Umi Hafilda sebagai pelacur. Umi Hafilda menyaman Baginda yang memfitnahkannya. Umi Hafilda tidak ada gambar atau video sek yang boleh dikaitkan Umi Hafilda pernah bersekedudukan dengan Baginda. Mana dia saksi yang boleh memberikan keterangan bahawa Umi Hafilda ada skandal dengan Baginda. Itu semua fitnah bagi menjatuhkan kredebaliti Umi Hafilda yang sedang rancak menghentam Anwar Ibrahim. Kononnya dengan mengaitkan Umi Hafilda dengan Baginda, maka semua pendedahan Umi Hafilda terhadap Anwar hanya sebagai tindakan membalas dendam dan tiada merit.

Namun tidak seperti Anwar Ibrahim, Umi Hafilda menyaman individu yang mengaku ada skandal dengannya dengan saman fitnah. Sehingga sekarang individu berkenaan (Baginda) tidak tampil ke mahkamah hingga dikeluarkan waran dan di war-warkan dalam akhbar. Itu menunjukkan apa?.

Manakala Anwar Ibrahim pula langsung takut menyaman Umi Hafilda yang saban minggu berceramah diseluruh tanah air. Tak cukup dengan itu video ceramah Umi Hafilda menghentam Anwar diuploadkan dalam youtube dan laman web mendedahkan perbuatan jahat Anwar ke seluruh dunia. Jika perbuatan Umi Hafilda itu fitnah, nah! mengapa tak saman sahaja Umi Hafilda.

Jika ini pun masih membuta hatikan penyokong Anwar, itu membuktikan betapa mereka ini tidak berfikiran waras lagi. Itulah sebabnya mereka sanggup berkorban mempertahankan seorang pezina, peliwat,pembohong, penipu dan penjahanam negara.

Anonymous said...

pelacor...........tuihhhhhhhhh

Anonymous said...

anon 5:20 PM,

jika kamu Islam, maka matilah kamu dlm kepayahan, kesulitan & berkudis mulut krn senang2 menuduh umi begitu.

umi sedang menyaman beginda krn menfitnahnya. kamu tambah menfitnah nya lagi. zalimnya kamu!!

Dot said...

jgn mengalah umi. namamu perlu dibersihkan.

aku harap polis2 yg nwar gunakan utk mengepung, menggertak & memalukan umi dulu insaf & maju kedepan bagi menjernihkan nama umi. sekiranya polis2 itu masih belum insaf, balasan ke atas anak & isteri kamu pula mungkin akan terjadi spt kamu kenakan pada umi dulu...doa ku agar mrk sedar kesilapan mrk bersekongkol dgn nwar suatu masa dulu..

nwar aljuburi, (kata mat sapu, ni gelaran mat sapu bagi) tidak mungkin berani menyaman umi krn apa yg umi katakan bersama bukti. nwar tak mungkin berani menyerang umi krn dia tahu umi banyak senjata utk menyerangnya kembali...

lagipun kes sodominya masih berlangsung, kes china doll akan menjenguk & kalau umi keluarkan lagi bukti2 lama, makin kacau bilaulah jiwa nwar...

 
 
Blogger Templates