Social Icons

Pages

Wednesday, August 03, 2011

WAJIB BACA !!! DATUK SERI ZAHRAIN MENCABAR NIK AZIZ !!!



Pertemuan antara Mursyidul Am Pas,Nik Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.Sehubungan itu,Ahli Parlimen Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota di laman sosial Facebook.Beliau berkata,sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu yang didedahkannya sebelum ini.

"Sebagai tok guru,tidak mungkin beliau hendak bercakap bohong lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini. Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz buat satu kenyataan rasmi sama ada pertemuan dengan Tengku Razaleigh ini berlaku atau tidak.Beliau tidak wajar berselindung di sebalik nota di laman Facebook seolah-olah cuba meremehkan perkara yang benar ini. Jangan pula berlakon seperti orang nyanyuk sedangkan kita tahu beliau belum lagi nyanyuk,'' katanya pada satu sidang akhbar.


Nik Abdul Aziz dalam laporan akhbar sebelum ini menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu "lawak jenaka".

Menteri Besar Kelantan itu menerusi status terkini laman sosial Facebook beliau berkata,apa yang menghairankan apabila terdapat akhbar membuat cerita bahawa cadangan itu timbul kerana Anwar dijangka dipenjarakan kerana kes liwat sedang dibicarakan pada masa ini.

Isu itu mula tercetus selepas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membuat satu pendedahan pada 28 Julai lalu bahawa Tengku Razaleigh dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.Dalam pada itu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata,kenyataan Nik Aziz di dalam facebook itu boleh dipersoalkan kerana kemungkinan ia bukannya dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya oleh orang bawahannya.


Dalam perkembangan berkaitan,beliau berkata,sikap membisu pemimpin-pemimpin utama pihak pembangkang berhubung pelawaan mereka kepada Tengku Razaleigh itu menunjukkan perkara itu benar-benar berlaku.Malah, beliau turut menyifatkan perkembangan tersebut sebagai bukti jelas bahawa pemimpin pembangkang semakin tidak percaya terhadap kredibiliti Anwar.Beliau berkata, dengan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya,Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur,para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.

"Setakat ini hanya pencacai sahaja yang menyalak manakala pemimpin-pemimpin utama lain terutama mereka yang terbabit dengan perundingan bersama Tengku Razaleigh diam seribu bahasa dan tidak berani tampil buat kenyataan.Apa yang pasti telah wujud kesedaran di kalangan pemimpin dan ahli pakatan pembangkang tentang siapa sebenarnya Anwar. Pemimpin Pas dan DAP sedar bahawa beliau kini menjadi beban kepada kelangsungan politik mereka,'' katanya.

Mengenai dakwaan Anwar pelawaan itu tidak pernah berlaku beliau berkata, Anwar tidak berhak mengatakan sedemikian kerana perkara tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya.

"Lagi pun beliau hanya bertanyakan perkara ini kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mana saya mendapat maklumat kedua-duanya tidak terlibat dengan pertemuan ini,'' katanya lagi.

Menjawab satu soalan,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata,beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap pendedahan yang dilakukannya minggu lepas.

"Ia berasaskan kepada dua perkara. Pertama maklumat telah diberitahu oleh sumber saya dan kedua saya telah bertanyakan perkara sama dengan rakan-rakan lain dan ternyata ia benar.Saya berpegang kepada maklumat yang saya ada dan saya tahu fakta saya,'' katanya.

NIK AZIZ ADA BERANI ???

KALAU BERANI,KELUARKAN SEMUA BUKTI !!!

KATAKAN SEMUA ITU TIDAK BENAR !!!

KATAKAN KU LI TIDAK MENJADI KETUA PEMBANGKANG !!!

3 comments:

Anonymous said...

CABAR PUNYA CABAR UMNO/BN DAH MULA PASANG STRATEGI BESAR (GRAND DESIGN) MEMANIPULASI SPR/JPN MENDAFTAR DAN MEMBERIKAN TARAF WARGANEGARA KPD PATI UTK MEMBOLEHKAN MENGUNDI PRU 13 DGN BERI MYKAD...KEJI BETUL UMNO!!!

LIHAT...HASIL PERKEMBANGAN BERSIH 2.0 SATU PERSATU KEDURJANAAN SPR, UMNO TERDEDAH...DEMI SATU UNDI UMNO KINI RELA MENYERAHKAN BUMI MELAYU KPD WARGA INDON DAN PATI..

Anonymous said...

hi anon
August 3, 2011 5:56 PM

bulan pusa pun nak fitnah ke...
iii...tu bersih 2.0 nak meruntuhkan negara...dengan bantuan yahudi..hehee

Wau Janak said...

anon 5:56pm, awak memang jahil dan mmg mudah kena kencing sbb beza penduduk tetap (pr) dgn pati pun awak tak tahu. penduduk tetap bukannya pati.
yg pati adalah PR(pakatan rosak)! kakakakahhh...

pertukaran ic dan pertukaran status warganegara pun korang tak tahu dan tak paham. dangkal sangat. patutlah sgt mudah kena kencingg... oleh pr.

 
 
Blogger Templates