Social Icons

Pages

Sunday, September 11, 2011

BUKTI PEMBOHONGAN PAKATAN TERHADAP FELDA DI BONGKAR !!!


PAKATAN pembangkang sekarang aktif mengatur strategi untuk 'menyerang' pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana mereka tahu bahawa warga peneroka merupakan penyokong kuat UMNO dan kerajaan Barisan Nasional selama ini.Sebab itu pembangkang giat mengeksploitasi pelbagai isu terutama kedudukan kewangan Felda.Matlamat mereka bagi mengelirukan masyarakat peneroka dan usaha untuk merendah-rendahkan reputasi Perdana Menteri selaku orang nombor satu yang menjaga kebajikan dan kemajuan Felda.Tidak habis-habis serangan diatur oleh pakatan pembangkang terhadap agensi ini seolah-olah apa saja yang dilakukan oleh Felda semuanya tidak betul.

Banyak isu berunsur fitnah berkaitan Felda sengaja ditimbulkan oleh akhbar rasmi pembangkang seperti Suara Keadilan (milik PKR) dan Harakah (milik Pas). Isu menuduh Felda mengalami kerugian sehingga bankrap bukan sahaja satu tuduhan yang tidak berasas, malah boleh mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan terhadap seluruh warga Felda.Maksud bankrap atau muflis itu sendiri menggambarkan Felda sudah tidak memiliki sebarang aset lagi dan ia nyata tidak benar.Hakikat sebenar ialah sejak 1956 hingga hari ini,Felda berjaya mengeluarkan sejumlah 112,635 keluarga daripada putaran ganas kemiskinan.Isu kemerosotan tunai Felda daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 menjadi 'peluru' bagi pembangkang untuk 'menembak' Felda.

Persolannya,kenapa hanya aliran tunai Felda yang merosot dihebohkan, sedangkan kedudukan aset tetap Felda yang berjaya ditambah daripada RM9.71 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009 tidak pula dihebohkan.

Memang menjadi tradisi pembangkang yang hanya mahu melaporkan perkara berkaitan kegagalan atau kemerosotan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan, berbanding dengan pertambahan atau kejayaan yang telah dicapai.Pakatan pembangkang akan berusaha mencari dan mengorek apa saja, asalkan ia boleh merosakkan imej, maruah dan nama baik Felda.

Dalam hal ini,menurut Prof. Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman, pihak yang menjadi mangsa adalah warga Felda terutama mereka yang mudah menerima maklumat tidak tepat dan palsu yang disebarkan oleh pakatan pembangkang.

"Pakatan pembangkang tidak akan jemu-jemu dan tidak akan berhenti menabur fitnah demi kepentingan mereka.Memandangkan segelintir generasi kedua Felda sudah dan mudah termakan pujuk rayu dan janji hebat daripada pakatan pembangkang, maka kerajaan perlu serius menggerakkan jentera untuk menyelamatkan mereka daripada terus dibuai mimpi kosong yang dijanjikan pakatan pembangkang," kata Naib Presiden Industri dan Perhubungan Organisasi, Management & Science University (MSU).

Menurut Mohd. Zainul Fithri lagi,Felda merupakan benteng kepada kerajaan dan orang Melayu. Ia antara institusi yang begitu berjaya dan mempunyai dana tunai yang begitu besar sehinggakan mampu melabur dalam projek besar dan terus memberi faedah kepada warga Felda yang semakin ramai.Pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka.Sayangnya, institusi ini cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya.

"Jadi amat tepat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyelar pihak yang menuduh Felda bankrap sebenarnya pihak yang bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan," kata Mohd. Zainul Fithri merangkap Pengarah Institute of Leadership and Human Analysis Malaysia (ILHAM).

Pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta. mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan.Ini kerana laporan daripada Felda Holdings dan Felda Global baru-baru ini menunjukkan perkara di sebaliknya.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

MEMANG INI KERJA PAKATAN HARAM !!!

SIKIT-SIKIT BANGKRAP !!!

YANG UNTUNG TAK NAK PULAK TUNJUK !!!

1 comment:

Hashim Putera said...

KEPADA YANG MASIH BEBAL

Hari ini – UMNO sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. UMNO melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa UMNO adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

UMNO ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack.

Masih lagi bebal...klik kat sini untuk hilangkan bebal

 
 
Blogger Templates