Social Icons

Pages

Monday, September 05, 2011

KARPAL SINGH VS MAT SABU !!!



1. Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik.

2. Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.

3. Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.

4. Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.

5. Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.

6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.

7. Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.

8. Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.

9. Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.

10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.

11. Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.

Sumber CHEDET.CC

6 comments:

Anonymous said...

wei bro!

ko pergi kat Tugu Negara...ko pergi check apa yg tertulis pd tugu negara tu...

yg tertulis sbg pejuang Malaya ketika penjajahan British itu adalah terpahat nama2 org putih yg mati di Malaya...

mana ada nama org Melayu sbg pejuang negara terpahat di Tugu Negara? sedangkan org melayu yg lawan british dicop sbg komunis?

Ko tengok baik2 wajah batu ukiran pd tugu negara..wajah siapa? wajah org melayu kah atau wajah org putih?


ka..ka..ka..ka..

Umno kena tipu olh omputih hidup2...

Anonymous said...

Ni anonymous atas aku ni...engko ni apsal bengap sangat ni...perkara ni merujuk kepada percakapan Mat Sabu yang kata Polis kat bukit kepong ni dia kata bukan pejuang sebenar...Yang engko pergi kepada tugu negara tu aphal bangang... Kalau nak dibandingkan komunis dengan engko ni...engko lagi komunis gila babi

Anonymous said...

kesian aku kat org2 umno yg ngaku pejuang tanahair..sedangkan pd tugu kebangsaan sendiri pun berwajahkan org putih, nama pejuang malaya pun nama org putih.

kalau lah umno pejuang tanahair, sudah pasti namanya terpahat pd tugu negara sbg suatu bukti org2 melayu sbg pejuang..mana ada?

melihat tugu negara seolah2 kat kita berada kat London plak...sebab wajah tugu pun wajah org putih, tulisan pun tulisan org putih, nama pejuang pun org putih...

umno jer perasan sbg pejuang...kena kelentong lah kita ni..

kowang jgn mare2 lah..ini bukti sahih..realiti...

Anonymous said...

kpd anon2 suma:

wajah patung tu, wajah ex-MB KEdah la...kalau ko x caya, ko baca majalah Mastika 2 tahun lps..

Anonymous said...

salah satu tugu tu...sebijik macam wajah poknik ...dan mat sabuuuu....lahh...eloklah anon ni sokong kominis...sokong dapig...jilat jubo aljuburi..bukan aku kata..mat sabu yang kataaaa...aljuburiii....anuar harus bertaubat...bukan aku kata ...kapalsinggg yang kata...aku kata mung memang banganggg...anon 11.24

Anonymous said...

awat semua loklak,korang kencing ker?aku pernah pergi tugu negara,semua nama melayu,mana ada org puteh..banggang,ni mesti tgk blog milo suam awww aww kan?gambar tu dia ambil kat tugu amerikalah banggang....

 
 
Blogger Templates