Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata insiden jurukamera BernamaTV yang terkorban terkena tembakan curi di Somalia tidak harus mematahkan semangat petugas media tempatan kerana ia menjadi asam garam dunia kewartawanan dalam membuat liputan di kawasan berisiko tinggi.Sambil menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor,sebagai wira negara,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kagum dengan semangat dan kecekalan arwah dalam menjalankan tugas.
"Saya kagum apabila diberitahu Allahyarham seorang yang kuat semangat, 'adventurous' dalam erti kata selalu mengikut misi kemanusiaan ke luar negarayang walaupun berisiko, tetapi arwah tetap cekal dan tabah mengharungi segala rintangan untuk membuat laporan terbaik kepada masyarakat Malaysia," katanya.
Bernama Melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul diiringi 54 lagi anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),Subang,hari ini.
"Saya sifatkan Allahyarham sebagai seorang wira negara dan kita patut jadikan pengorbanan beliau itu sebagai satu model,cerita dan kisah yang merangsang semangat kita untuk terus memainkan peranan dalam misi kemanusiaan seterusnya," kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa berada di saf hadapan dalam membantu negara lain yang mengalami malapetaka atau kesengsaraan,seperti kebuluran di Somalia.Noramfaizul terkorban akibat terkena tembakan curi semasa kenderaan yang dinaikinya bersama petugas media Malaysia yang membuat liputan misi itu, ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan pada Jumaat.
Mengulas lanjut mengenai tugasan media di kawasan berisiko tinggi,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia biasanya melibatkan kawasan konflik.
"Kalau kita pergi bila keadaan sudah reda,tak ada lagi konflik,maknanya tak ada risiko.Tapi kalau kita hendak buat liputan terkini ketika sesuatu konflik masih tegang lagi,tentu sekali ada risiko sebab banyak pihak yang bertelagah,dia ada senjata.Jadi bila ada senjata dalam tangan orang yang tak bertanggungjawab, yang tak profesional, yang ada tujuan tertentu, tentu sekali ada risiko walaupun kita tidak merupakan pihak yang menjadi sasaran," katanya.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejadian tidak diduga yang menimpa Noramfaizul boleh dikategorikan sebagai "collateral damage" (kebinasaan lingkungan).Beliau yang merupakan penaung Kelab Putera 1Malaysia,merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan berkata kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka. kerajaan juga bersetuju menanggung kos pendidikan dua anak Allahyarham Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.Allahyarham Noramfaizul ialah anak sulung daripada enam beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.
AL-FATIHAH...

9 comments:
Mudahnya najib cuci tangan..
Padahal Umno perlu bertanggungjawab dalam insiden kematian allahyarham di Somalia
Sebab, siapa yg menganjurkan misi ini di Somalia? Yg menganjurkannya adalah PUTERA UMNO sendiri...
MAKA UMNO PERLU BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA!!!
hahaha,apa cita 22 org yg meninggal dunia masa buat liputan.bro,ini takdir.x abis2 pakatan haram buat tomahan..kira oklah D.S Najib akan tanggung lagi 2 anak arwah..pakatan haram ni x reti bersyukur di muka bumi ALLAH.sikit2 salah UMNO..bodoh...komunis di agungkan salah UMNO ker?
ds najib tak cuci tangan, saudara!
kerajaan tetap membela nasib keluarga yg ditinggalkan Allahyarham! bahkan semua bekas2 tentera yg berjasa mendapat pembelaan kerajaan. SC zaman darurat pun dapat ganjaran!
apahal dgn pengikut bersih yg meninggal krn serangan jantung & yg 'mati' 2x hari tu? ada ambiga/bersihjijik bertanggungjawab sebagai penganjur?
sebelum tu ada dap mengaku bertanggungjawab terhadap teoh beng hock krn dap yg menyebabkan teoh dihadapkan ke sprm? membelit lagi adala...
apa cerita keluarga mangsa memali yg pas anjurkan perjuangan 'syahid' mrk dulu? semuanya sudah terbela kah? mana peginya duit tabung memali yg berjuta2 tu?
cakap sedap ikut mulut; realitinya pas hampas!!
Ajal maut pun nak dijadikan modal politik? Nanti kalau Nik Aziz sakit jantung pun nak salahkan Najib berkonspirasi dengan IJN.
Anon 1018.. Nyawa kena cabut time tido pun salah umno/ salah najib gak ke??? Anon 1018 lu mmg bangsat la bro.. Kerajaan tanggung kesemuanya.. Pergi balik arwah kerajaan tanggung.. Malah anak2 arwah kerajaan support nanti.. Pakatan wat ape? To pakatan lu org mmg bangsat.. Arwah ke sana atas arahan tugas sambil beramal.. Semoga roh arwah ditempatkn disisi org yg soleh..
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Kalau selama ni kita hanya disajikan berita dari kawasan konflik dari AFP, CNN, BBC, Reuters dan sewaktu dengannyer..sekarang kita juga berani utuk mendapatkan berita itu secara direct. Aku percaya semue yang pergi tu tak dipaksa dan sedar segala risiko yang bakal dihadapi di kawasan konflik. Kita sebenarnyer dah pecahkan batu penghalang tu... Aku percaya pergorbanan arwah tak sia2.
Arwah baharudin mati, maka kerajaan harus disalahkan dan bukannya penganjur Bersih,
Arwah Norafaizul mati, maka kerajaan juga yg harus dipertanggungjawabkan kerana arwah menyertai misi kemanusia secara sukarela dan beliau mati dalam masa menjalankan tanggungjawabnya dan amanah yg diberikan padanya sebgai seorang wartawan.
Demikianlah juga rakyat malaysia yg jadi mangsa rusuhan london, maka kerajaan jugalah yg harus dipersalahkan kerana membiarkan pelajar tersebut menuntut ilmu diluar negara dan tidak menjaga keselamatan pelajar berkenaan ketika diluar negara.
Pendek kata, semua salah kerajaan. semua salah umno.
hatta jika sesiapa jua rakyat melakukan liwat, maka kerajaan juga yg harus disalahkan.
jika orang keenakkan berzina dengan cinadoll, maka itupun salah kerajaan umno juga.
Semua salah umno.Salah kerajaan.
mudahnya org menyalahkan kerajaan.
kalo DS najib tu cuci tangan, tak de nya dia heran dgn family arwah atau nak dtg...
dah mcm2 dia lakukan utk keluarga arwah..itu pun dikatakan dia cuci tangan..
kalo dah dasar pembangkang yg buta tuli duk suka tuduh org mmg mcm tu la lagaknya...
agaknya dia nak suruh DS bagi jantung n paru2 kt arwah supaya arwah bole idup balik baru dikatakan najib tak cuci tangan agaknya...
Zizan MB Kedah sakit masok IJN baru2 ni PONG kerana Konspirasi UMNO....jenis tak reti basa
Post a Comment