Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu diingatkan supaya jangan angkuh dengan keputusan untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan ceramah beliau berkaitan peristiwa Bukit Kepong sehingga mengundang kemarahan banyak pihak.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana lebih banyak pihak yang akan menyaman pemimpin Pas itu ekoran keceluparannya mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.
"Biarlah dia hendak saman,itu hak dia.Mungkin dia ingat,dia betul,tetapi,saya ingin mengingatkan dia,dia saman Utusan,lepas ini lebih ramai yang akan saman dia.Itu dia tak tahu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Chenderoh di padang Sekolah Kebangsaan Temung.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kata dua Mohamad atau Mat Sabu ke atas Utusan Malaysia supaya memohon maaf atau berdepan tindakan saman.Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata,Mat Sabu kini sudah terperangkap atas sikapnya yang suka bercakap mengikut kehendak hati.Malah jelasnya,Pas sendiri terperangkap kerana terpaksa mempertahankan Timbalan Presiden mereka.
''Jadi bila sudah terperangkap,hendak saman Utusan, sedangkan Utusan melaporkan perkara benar," katanya.
Ditanya mengapa Peguam Negara masih belum mengambil tindakan sedangkan sudah banyak laporan polis dibuat,Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata,perkara itu memerlukan penelitian mendalam.
"Lagipun kalau keluarga mangsa Bukit Kepong buat laporan polis, ia sebenarnya lebih banyak membantu untuk kita mengambil tindakan," katanya.

5 comments:
UTUSAN MEMANG GITU LA...UTUSAN BUKAN AKHBAR BEBAS PUN...NAKHODANYA ADALAH PEMIMPIN2 UMNO...
UTUSAN MEMANG MENGAPIKAN2 SST BERITA, TERUTAMA MEMBABITKAN PEMBANGKANG SPY RAKYAT MEMBENCI PEMBANGKANG MAKA DENGAN INI SGL KESALAHAN, PEMYELEWENGAN UMNO/BN DITUTUP RAPAT..MAKA DGN INI UMNO/BN AKAN TERUS KEKAL BERKUASA...
LIHATLAH...BERAPA BYK SAMAN TERHADAP UTUSAN, DAN LIHAT JUGA BERAPA BYK UTUSAN KALAH DLM SAMAN...APA MAKNANYA?
MAKNANYA ADALAH APA YG DITULIS OLH UTUSAN MEMANG FITNAH TERUTAMA BERITA SENSASI MEMBABITKAN PEMIMPIN PEMBANGKANG...
Kah kah kah,
Haramkahdaily 2x5 je penipu. Bukan aku kata, tapi Dr Rosli..
Malaysiakini bapak segala kuffar. Ini yg PAS sokong. Takde yg baiknya pasal gomen.
ala....harakah daily pun B###S##T!! PENIPU & PEMBOHONG AKHBAR NO. 1 DI MALAYSIA!!!!
orang pkr ni memang buta hati. suruh dia cari akhbar mana yang bebas. cakap macam orang bodoh. harakah tu bebas ke. suruh dia cari suratkhabar yang bebas betul, yang salahlaku owner dia sendiri boleh dedah.
dia orang ni fikiran sempit, cakap ikut sedap mulut macam mat sabu. salah pemimpin pas pun tak dihentam dalam harakah. kurang2 utusan, tv3 banyak juga menegur UMNO, kerajaan berbanding kan suara fitnah harakah.
silap, nak tulis orang pakatan bukan pkr, pas je
Post a Comment