Social Icons

Pages

Thursday, September 15, 2011

PENYAMUN RESTORAN MAMAK SHAH ALAM DI TANGKAP POLIS !!!



Polis telah menangkap lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Alam,baru-baru ini.Suspek ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah restoran di Seksyen 24, Khamis lalu.Ketua Polis Selangor,Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata,susulan itu,satu unit khas ditubuhkan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dapat dikenal pasti.

“Kira-kira jam 11 malam,seorang lelaki ditahan di Pangsapuri Rimba Jaya diikuti tujuh lagi di lokasi sama dan Rawang. Mereka berumur 17 hingga 27 tahun dan kami yakin kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Sh Melaporkan Menurutnya,polis turut merampas,motosikal curi,topi keledar dan jaket digunakan suspek serta sebuah komputer riba kecuali parang dan pisau yang digunakan ketika rompakan.Sementara itu, dalam kejadian pertama,28 Ogos lalu,suspek bertopi keledar dan bersenjatakan parang serta pisau menyerbu masuk ke restoran di Seksyen 15, kira-kira jam 3.30 pagi.

Kejadian itu, dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke YouTube.



Dalam rakaman itu,lebih lima suspek meluru masuk dan mengacu parang ke leher seorang wanita yang sedang bersahur bersama kelurganya.Suspek turut mengacukan senjata ke arah pelanggan lain, merampas komputer riba dan beg tangan seorang wanita.Menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut di restoran itu, kira-kira 10 pelanggan termasuk kanak-kanak panik berlari keluar dari restoran terbabit.Visual turut mendapati, perompak itu, turut melarikan mesin wang di kaunter pembayaran.

Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata,polis sedang mengesan seorang lelaki,S Veeramuthu berumur 19 tahun berasal dari Kapar,bagi membantu siasatan.Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

5 comments:

Anonymous said...

babi punya keling tembak mampos je

Anonymous said...

anak2 keling paria ni makin kurang ajar pasal mereka tau ramai peguam2 hindraf yg pintar putar-belit akan memberi bantuan guaman percuma untuk mempertahankan mereka.

Anonymous said...

tahniah pada pihak polis..kalau boleh dahwah mereka dengan hukuman berat. Mereka2 ini lah sampah2 masyarakat yang perluh dihapuskan

Anonymous said...

Kepada dua bangang yang racist comment tu,buat aper kutuk sebegitu? Nak kutuk, kutuk individu, bukan macam nie. Melayu tak pernah bunuh orang? tak pernah rompak orang? tak pernah rogol orang? Atau pun cina tak pernah buat semua itu? Semua pun ader. Korang cerita macam bangsa india jer yang buat semua hal sebegini. Nak cerita pasal bangsa, banyak boleh di cerita, kalau cam tu jadinya, manalah sikap 1 malaysia? Otak tu diberi oleh tuhan untuk dipakai, bukan untuk di buat model jadinya. Jangan jadi racist, jadilah anak malaysia yang baik.

Anonymous said...

Jika ada bukti dan betul dakwa mereka diMahkamah . Raykat malaysia tanpa mengira agama dan bangsa menolak perilaku jenayah seperti ini.
Kita tidak boleh biarkan kelakuan jenayah spt ini berluasa....

 
 
Blogger Templates