Social Icons

Pages

Sunday, September 25, 2011

PERLAKSAAN HUKUM HUDUD !!! INI JAWAPAN DATUK SERI NAJIB !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas membangkitkan semula isu hudud bertujuan menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada parti itu.Menurut beliau,isu lama itu terpaksa diungkit semula dengan harapan ia dapat menenggelamkan isu Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu yang menyifatkan pengganas komunis dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai pejuang tanah air.

''Saya nampak ini taktikal, sebab parti Pas sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu.Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan Orang Melayu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang sempena program turun padang ke Perak Semalam.


Bernama Melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,isu hudud juga jelas memperlihatkan ketiadaan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup dan diselindung daripada rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat. Kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan dari segi prinsip dan ideologi.Bukan sahaja dari segi hudud tetapi juga dalam soal pembahagian jawatan dalam kabinet bayangan. Sehingga hari ini mereka belum berani merangka kabinet bayangan mereka," katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,soal pelaksanaan hukum hudud sebenarnya bukan satu isu kerana ia tidak akan dilaksanakan di negara ini.

''Kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.Jika ditanya para ulama sekali pun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak menambah,undang-undang sedia ada yang dipraktikkan kerajaan hari ini sudah mengambil kira prinsip 'Maqasid Syariah' iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Antara prinsip Maqasid Syariah ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dipertahan dan diperjuangkan," katanya.




TAK PERLU NAK LAKSANAKAN HUDUD !!!

DI MALAYSIA BERBILANG KAUM !!!

HUKUMAN GANTUNG KEPADA PESALAH YANG MEMBUNUH !!!

ITU PUN SALAH SATU DARI HUDUD !!!

KALAU LAKSANAKAN ANDA NAK KALAU MENCURI KENA POTONG TANGAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

urkolog said...

pegedahhhhh klu benar2 org PAS taksub sgt nak berundang2kan hudud... ada berani ka penyokong PAS laksanakan hudud dalam kumpulan mereka dahulu..lepas laksanakan haaa tunjukkan yg hudud nie boleh membanteras 100% gejala sosial yg ada....setakat laung2 nk tegakkan hudud tp xberani nak buat dulu..ape cerrrrrn celopppppp geng PAS nie...

Anonymous said...

Mat Sabu dan Anwar yg perlu di hududkan terlebih dahulu..supaya dijadikan iktibar buat org lain...ada berani Pas ?

Anonymous said...

negara kebajikan akan jdi rumah kebajikan masyarakat....makin byk la kos kerajaan nk tanggung

Anonymous said...

Pas harus laksanakan hudud dalam kelantan dulu. Cabar Pas Laksanakan Hudud seberapa segera. Dah lama Pas memerintah tapi masih tidak laksana hukum hudud. Manis kata di mulut saja. PM sila beri kebenaran utk Pas laksanakan hudud di negeri Kelantan. Kita nak tengok bagaimana Hudud dilaksanakan di sana.

 
 
Blogger Templates