Pimpinan PAS Pusat hari ini menggesa Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi menulis semula sejarah kemerdekaan negara sebagai menghargai jasa tokoh kemerdekaan dengan tepat dan adil.Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata PAS menyatakan kesediaan mereka untuk menghantar wakil parti itu bagi menyertai jawatankuasa tersebut.Menurut Salahudin,tawaran tersebut terbuka kepada kerajaan dan mereka perlu ikhlas dalam usaha menubuhkan Jawatankuasa Kabinet itu.
“UMNO perlu ikhlas tubuh Jawatankuasa Kabinet dalam menulis sejarah semula. Ini tawaran terbuka. Najib umum tulis sejarah kemerdekaan negara dan sejarah itu perlu ditulis dengan adil dan tepat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Selasa.
FMT melaporkan Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali pula berkata PAS berpendirian menolak sebarang ideologi dan perjuangan komunis.Beliau berkata tidak timbul sebarang usaha mahupun kenyataan yang menyokong perjuangan komunis,namun perjuangan oleh Mat Indera juga diiktiraf.
“Rasa perasaan Mat Indera bagaimana bila dikatakan komunis ??? Sedangkan tercatat sejarah mengenai Mat Indera dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’. Mat Indera perjuang yang tepat dan benar. Umno buat jenayah cakap Mat Indera komunis.
“Tak dinafi pejuang-pejuang Umno tapi sejarah kemerdekaan perlu ditulis dengan tepat.PAS tidak sedikit pun membela perjuangan komunis.Pendirian PAS menolak perjuangan komunis. Namun yang penting perspektif sejarah itu kerana sejarahnya perlu ubah. Maka betulkan sejarah,”katanya acap kali berhubung penulisan semula mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.
Mustafa berkata tindakan UMNO itu sebagai menutup penyelewengan mereka dalam perkara seperti daftar pemilih yang disifatkan sebagai ‘hangat-hangat taik ayam’.Menyentuh mengenai buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang tercatat sejarah mengenai Mat Indera, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula berkata orang Johor berbangga dengan tokoh pejuang terbabit.Malah beliau sempat meluangkan masa bertemu dengan adik Mat Indera di Johor namun dihalang oleh pihak polis.Bercakap mengenai tindakannya terhadap akhbar Utusan Malaysia,Mat Sabu berkata beliau akan berbincang mengenai hal itu dengan peguam malam ini.
“Saya akan bincang dengan peguam malam ini tentang penyelewengan laporan Utusan yang jauh daripada apa yang saya ucapkan.Selain itu, saya nak beritahu mengenai tawaran peguam PAS dari Johor yang mahu membantu keluarga pejuang Bukit Kepong untuk mendapatkan pampasan daripada British..ini bagi membela mereka kerana pada ketika itu bendera adalah Union Jack,” katanya.

7 comments:
Tak ade kerja lain ke PAS ni..tu Harakah yang banyak belit fakta tak mahu pula betulkan
Itulah akibatnya apabila otak diletak kat kepala lutut...Cakap ikut sedap mulut...Cukup2 lah jadi keldai dan pencacai DAP dan PKR.
Patutlah PAS le ni synonym dengan 'hamPAS'!!!! Ahli2 hamPAS ni pun satu...dok pakat ramai2 lantik kaki merapu ni jadi timbalan presiden depa buat apa??
Memang sahlah majority panyokong ni serupa macam mat merapu ni....otak letak kat kepala lutut!!!
Hebat betul MP Kubang Kerian ini hendak ubah sejarah negara. Buatlah sendiri, apa pula suruh PM buat ?. PM banyak kerja yang hendak dibuat untuk rakyat. Wakil-wakil Pas ni pandai bercakap. Maki, sumpah, kafirkan orang Melayu-Islam yang tak sebulu dengannya. Masya Allah. Di manalah akhlak Islam puak-puak ni ?.
Rakyat Kubang Kerian, sama-samalah kita berfikir untuk dunia dan akhirat supaya kita dijauhi daripada azab api neraka Allah. Berfikirlah untuk Agama, Bangsa dan Negara. Tinggallah hukum halal mencarut, berkawan dengan syaitan, suara celaka. Tq. Wallahu'alam.
mat sabu memang putar alam no 1... dalam video dia terang2 cakap "hak serang balai polis tu la pejuang"... sapa yg serang balai bukit kepong,adakah hanya mat indera sorang wahai mat sabu...
dasar putar alam betul dia ni,dah kantoi kenyataan sokong komunis ,pusing cerita pla nak bantu keluarga mat indera ish ish ish...apa gelaran paling sesuai buat manusia yg munafik ni ya, video dia ceramah semua org dah tgok,tapi dia masih nak berdalih lagi,p[using cerita pla..apa la hang mat sabu,buat malu kaum laaa.. keluarga mat indera diam ja,hang pulak lebih2 nak membela kononya... kalau rupa hang macam badut sekalipun jgn la perangai pun ikut badut sama...ni kat warung ramai yg gelakkan hang mat sabu..
Bukan ubah sejarah bro, betulkan sejarah.
Pasai apa nak suruh orang untuk perbetul sejarah, buat la sendiri, Tunggu la bila dah menang nanti dan dah tawan Putera Jaya maka bentuklah pakar pakar sejarah untuk perbetul kembali sejarah yang dikatakan tidak betul itu.
Walau bagaimanapun kita dapat baca jiwa mat sabu yang dah kacau serta berserabut itu, orang yang telah melakukan kesalahan, kesilapan dengan orang lain akan cuba untuk mendekati orang tersebut kononnya untuk memujuk dengan satu harapan baru, iaitu kononnya nak minta pampasan dari kerajaan British. Sekarang ini walaupun pihak waris tidak bersetuju untuk membuat tuntutan, tetapi sudah ada yang setuju maka seharusnya peguam yang dicadangkan oleh mat sabu dah boleh buat tuntutan tersebut.Terusan tuntutan itu....
Aku nampak macam "GIMIK" saja tu...
warga sebelum merdeka
Pas Hampas. Jangan dilayan sangat orang-orang yang Dangkal tu, Orang kampung yang JUMUD tu bolehlah dia orang temberang dan kencing.
Post a Comment