Social Icons

Pages

Thursday, September 15, 2011

SAH !!! MAT INDERA ADALAH KOMUNIS !!!


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pernah mengakui dan mengesahkan bahawa serangan pengganas di Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Mat Indera yang juga seorang panglima pemerintah komunis di negeri Johor.Bekas Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Zulkifli Ab Rahman berkata perkara itu diceritakan sendiri oleh pemimpin komunis paling berpengaruh itu di hadapan para cendekiawan dalam satu dialog yang diadakan di sebuah universiti terkemuka di Canberra,Australia pada 22 dan 23 Feb 1999.

"Mat Indera pada masa itu dikenali sebagai panglima yang memerintah komunis di kawasan selatan dan utara Johor iaitu di Batu Pahat,Muar, Segamat,Tangkak dan seluruh Melaka.Ini bukan cerita yang dikutip di tepi jalan,tetapi disahkan oleh Chin Peng kerana baginya untuk menjadi pengganas mereka mesti menjadi komunis," katanya dalam Forum Merdeka bertajuk 'Kekejaman Komunis,Mat Indera dan Kemerdekaan' Semalam.

Selain Zulkifli,forum itu turut dibarisi oleh tiga anggota panel yang lain iaitu bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn,pakar sejarah Prof Datuk Ramlah Adam serta Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar. Forum yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dipengerusikan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Bernama melaporkan Sehubungan itu,Zulkifli yang berkhidmat selama 37 tahun di dalam PDRM dan bertanggungjawab dalam risikan mengenai komunis pada masa itu,berkata dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan,tidak benar dan tidak berasas.

""Macam manalah Mat Sabu berani kata Mat Indera ini bukan komunis,kenapa Mat Sabu pilih Mat Indera sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong padahal dia tidak kenal siapa itu Mat Indera," katanya.



MAT SABU BUTA SEJARAH !!!

LAIN KALI BACA BUKU SEJARAH DAN LIHAT DULU !!!

JANGAN MAIN HENTAM !!!

TENGOK,DAH KANTOI !!!

1 comment:

Anonymous said...

Individu atau pihak yang membantu Portugis untuk takluk Melaka bolehlah dikatakan/tuduh sebagai bersekongkol dengan penjajah. Ia adalah tuduhan yang tepat kerana memenuhi definisi persekongkolan/pengkhianatan dalam ertikata sebenar.

Tetapi apabila Portugis telah memerintah, sudah tentulah penjajah ini akan mentadbir dan oleh kerana pentadbiran tak dapat dipisahkan dengan keperluan guna tenaga manusia, dan kalau rakyat tempatan bekerja bawah penjajah tadi (Portugis) apakah mereka dianggap pengkhianat? Kalau menurut pembangkang, mereka ini pengkhianat!

Kalau beliawan/wanis yang dijajah tidak boleh bekerja dibawah jajahan Portugis kerana akan dituduh sebagai tali barut, apa yang mereka harus buat? Makan pasir? Dan kalau difinisi khianat pembangkang mahu diterima, dan tidak mustahil datuk nenek PR adalah juga bekerja bawah Portugis makanya tidakkah datuk-nenek PR juga adalah pengkhianat?

Dalam konteks British sebagai penjajah, sesiapa yang membantu British agar British dapat menjajah Tanah Melayu bolehlah dianggap pengkhianat. Cumanya siapa pengkhianat yang membawa British ke Tanah Melayu? PATI atau PADI? Atau siapa?

Kalau hujahan dan kesimpulan pembangkang diguna pakai dalam menetapkan hukum-hakam tidakkah ianya akan berbalik kepada pembangkang jua. Maksudnya, setelah British memerintah, apakah rakyat tempatan (iaitu datuk/nenek Dap, Pas PKR dsbnya) yang bekerja dengan British adalah pengkhianat jua?

Dalam konteks politik semasa, hujah cetek dan pukul rata yang pembangkang pakai bagi menuduh warga tanah Melayu (para gadis, belia, Amoi, paderi, agamawan dll) yang bekerja dengan British sebagai pengkhianat adalah berlandaskan perkiraan apa sebenarnya? Bagi pengundi atas pagar seperti kami, kami nampak ianya tidak berlandaskan fakta sebenar tetapi berlandaskan sentimen anti-pihak-lawan semata-mata – persaingan politik aje!

Jika dilihat secara jujur, bukankah pekerjaan berimbuhkan gaji bulanan sama sekali tidak tergolong dalam kategori tali-barut tetapi dikategorikan sebagai PEKERJA dan dengan itu tertakluk bawah undang-undang ILO? Bukankah pihak yang bersekongkol (tali-barut) itu tidak tertakluk bawah peraturan ILO dan mereka mendapat imbuhan dan ganjaran berlainan sekali berbanding pekerja biasa?

Kalau bekerja dengan British dianggap bersekongkol dengan penjajah, bagaimana kedudukan mukmin yang bekerja dengan AS? Oleh kerana AS adalah penjajah teraktif di banyak penjuru dunia, apakah ummah yang berkerja dengan kerajaan AS dianggap pengkhianatan terhadap ummah sejagat? Apa “fatwa” Pas dalam hal ini pula?

Apakah tuduhan yang mukmin pembangkang mahu kenakan terhadap ummah yang bekerja dalam angkatan tentera kafir? Oleh kerana kerana militer AS berada di beberapa negara ummah, apakah ummah berkenaan dianggap tali-barut kafir? Dalam konteks tempatan, apakah muslimat pembangang mahu menuduh para muslimah yang bekerja di kilang elektronik milik AS itu sebagai pengkhianat? Biar betul., Yoep.

Nah, disebabkan taasub dan dalam masa sama mahu menjadi pembela membuta tuli bagi pihak pemimpin Islam yang terlajak kata ini, pembangkang nampaknya sengaja memperbodohkan tahap intelektual sendiri ke tahap memutarbelitkan fakta, hujahan dan sejarah yang telah dimaktubkan sekian lama semata-mata mahu dilihat mampu mematahkan hujah BN?

Cumanya, tanpa mereka sedar, kalau hujahan kesimpulan dan analogi sama digunapakai (yakni dek kerana ramai dari pembangkang adalah juga kuli AS sekarang ini) makanya pencacai PR juga bolehlah digolongkan sebagai bersekongkol dengan penjajah bernama kafir AS! Dan pembangkang juga adalah tali-barut militer AS dan pengkhianat Negara? Wow! bahaya tu!

Pelayar Blog Politik

 
 
Blogger Templates