Pas tidak perlu mengulangi gendang lama dan menggali semula kubur lama yang mayatnya telah hancur lebur,sekiranya parti itu ikhlas hendak melaksanakan hukum hudud di Kelantan.Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,ini kerana Pas telah lebih 20 tahun memerintah kerajaan negeri Kelantan tetapi masih gagal melaksanakan hukum hudud dan kini membangkitkan kembali isu berkenaan.
"Hal ehwal agama adalah hak kerajaan negeri, kuasa raja-raja Melayu.Kalau benar Pas hendak melaksanakan hudud,kerajaan negeri mereka yang kuasai, mereka telah buat 20 tahun yang sudah. Bukan sekarang ini, mengulangi gendang lama dan membuka kubur yang mayatnya telah hancur lebur.Hudud ini adalah hukum Islam yang tidak harus dipolitikkan. Kalau mereka ikhlas, tentu sebahagian besar daripada sistem pentadbiran di Kelantan ini telah mengikut hukum yang mereka uar-uarkan itu," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di Tunjong semalam.
Utusan Melaporkan,Mufti Perlis,Dr. Juanda Jaya berkata,hukum hudud yang mahu diperkenalkan kerajaan Pas Kelantan wajib menepati kehendak al-Quran,al-Hadis serta realiti dan maslahah semasa.Menurutnya,kerajaan Pas Kelantan juga wajib menyediakan mekanisme yang diperakukan oleh syarak iaitu daripada peringkat mahkamah,polis,penguat kuasa hingga ke tahap pelaksanaan hukum bagi memastikan keadilan di dalam hukum tersebut sentiasa terpelihara.Justeru katanya,jika pelaksanaan hukum hudud yang mahu dikuatkuasakan di Kelantan itu gagal menunjukkan keadilan,Pas mesti bertanggungjawab sekiranya imej Islam terjejas.
"(Dalam perkara ini) Pas tidak boleh salahkan orang lain, sebaliknya mereka perlu sediakan mekanisme. Setakat membuat penerangan sekali dalam tempoh setahun seperti sekarang tidak mencukupi," katanya.
Ketua Biro Belia dan Cinta Rakyat,Sekretariat Ulama Muda UMNO,Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji pula berkata,kegagalan Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz memperjuangkan hukum hudud secara konsisten hampir 20 tahun lalu disifatkan sebagai usaha Mursyidul Am itu untuk meraih sokongan rakyat demi politik dan bukan berusaha mendapatkan keredaan Allah.Beliau berkata,perkara itu jelas kerana Nik Aziz hanya akan menimbulkan isu pelaksanaan hudud itu pada tempoh tertentu.Apa yang berlaku katanya,usaha yang cuba dilakukan oleh Nik Aziz itu hanya semata-mata atas kepentingan politik.
Di Pulau Pinang,Pengerusi DAP,Karpal Singh menegaskan parti itu tetap dengan pendirian tidak akan bersetuju pada bila-bila masa untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini meskipun sekutunya,Pas bercita-cita melaksanakannya walaupun tanpa kelulusan kerajaan Pusat.DAP juga tidak akan membenarkan sebarang pindaan dibuat ke atas Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negara ini walaupun pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

KITA LIHAT VIDEO DI BAWAH !!!
APA KATA KARPAL SINGH ???
RENUNG-RENUNGKAN
APA KATA KARPAL SINGH ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment