Social Icons

Pages

Sunday, October 09, 2011

BAJET 2012 !!! DATUK SERI NAJIB KATA PAKATAN HARAM TAK ADA TELUR !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan Pakatan Haram bahawa Bajet 2012 tidak realistik,menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.Beliau berkata Bajet 2012 yang dibentangkan merupakan sesuatu yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.

“Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan,Bank Negara,Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain,bukan pak pandir.Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat.Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee,Ijok di Kuala Selangor semalam.saya minta maaf,gambar tiada kerana memory card rosak..hehehehe...

sebelum ini Pak pandir @ Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.Katanya,peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan dan Anwar juga mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.belanjawan tambahan ??? celah mana ??? sikit-sikit pilihanraya.mana janji 16 september Anda Al-juburi ???

Sementara itu,Perdana Menteri berkata Belanjawan 2012 dibentangkan bertujuan supaya kerajaan dapat membina rakyat dan mensejahterakan negara.Beliau berkata kerajaan juga terlebih dahulu telah mengkaji dengan mendalam apakah sebenarnya keperluan rakyat.


“Dalam gagasan dan falsafah 1Malaysia saya telah gariskan beberapa tunggak,antaranya dasar kita mesti bersifat keterangkuman, erti kata di setiap ceruk pelusuk negara tidak kira bandar atau desa, tidak kira mana-mana kumpulan etnik atau kaum setiap warganegara Malaysia mesti mendapat pembelaan dan perlindungan daripada kerajaan.Sesuai dengan prinsip itu maka Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam telah menepati prinsip asas yang antaranya ialah untuk menentukan semua golongan dan kelompok masyarakat mendapat faedah,” katanya.

Perdana menteri berkata dalam Belanjawan 2012,kebajikan masyarakat kaum India juga diutamakan di mana kerajaan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM50 juta untuk menyediakan kemudahan asas yang sempurna kepada masyarakat kaum India yang menetap di kawasan ladang.

“Khusus bagi Ladang Tuan Mee,saya dah bincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif KL Kepong, Tan Sri Lee Oi Hian sebentar tadi dan pihak beliau telah setuju supaya KL Kepong ambil tindakan segera keluarkan belanja yang dapat bekalkan bekalan air bersih dan berkualiti untuk ladang ini,” katanya.

Beliau mengatakan sebelum pembentangan belanjawan,beliau telah mengambil tindakan memohon kepada semua pemilik ladang estet sama ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta untuk menaikkan gaji pekerja estet.beliau juga difahamkan bahawa sebahagian besar pekerja ladang Tuan Mee telah menerima kenaikan gaji sebanyak RM200 sebulan.

“Saya berharap dalam masa terdekat semua (pekerja estet) akan dapat kenaikan gaji…kita akan jaga kebajikan para pekerja semua,” katanya.

Beliau juga berkata beberapa masalah berkaitan perkhidmatan bas dan banjir yang dikemukakan Penyelaras BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K.Partiban akan segera diberi perhatian.

“Seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2012 semalam juga, setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan menerima RM500. Ini bermakna setiap keluarga yang tinggal di estet di seluruh negara akan menerima RM500 pada tahun depan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M.Kayveas dan barisan kepemimpinan BN Selangor.

ANWAR IBRAHIM NI NAK JADI PAKAR EKONOMI !!!

KONONNYA SEMUA BAJET YANG DI BUAT OLEH PM SEMUANYA RUGI DAN TIADA UNTUNG UNTUK RAKYAT !!!

APA CERITA PULA DI SELANGOR ??? DAH PEGANG SELANGOR TAPI ASYIK RUGI JER !!!

KATA PAKAR EKONOMI ???

PPTTUUIIHH !!!

1 comment:

Anonymous said...

BAJET 2011 NAJIB NI UMPAN GULA2 JER!

JGN TERLAMPAU TERPESONA LAH..

SBLM NI PELBAGAI PIHAK MENUNTUT SPY BAJET KALI NI DPT MENCARI JLN MENGURANGKAN HARGA BARANG, KOS, PERKHIDMATAN HARIAN...TAK DE PUN!

BAJET NI UMPAN BN NAK MENANG BESAR DLM PUR 13 JER!

BILA DAH MENANG BESAR MRK CEKIK BALIK RAKYAT..ITU NAIK INI NAIK...

JGN PERCAYA SGT PD JANJI BN NI!!

 
 
Blogger Templates