Social Icons

Pages

Sunday, October 16, 2011

BONGKAR !!! PERAK,DAP DAN MELAYU !!! APA HUBUNGKAITNYA ???



Adakah Perak bertahan di bawah Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ??? Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir memerintah Perak tanpa mendapat mandat daripada rakyat sejak tahun 2009.Menyingkap semula PRU 12,DAP merangkul 18 dari keseluruhan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.PKR mendapat tujuh kerusi manakala PAS memenangi enam kerusi untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat dalam bulan Mac 2008.Pakatan Haram hanya mempunyai majoriti tiga kerusi sahaja namun majoriti tersebut tidak kekal lama.

Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering),Jamaluddin Radzi (PKR – Behrang) dan Hee Yit Foong (DAP -Jelapang) merupakan personaliti yang bertanggungjawab mengubah lanskap kerajaan Perak apabila mengisytiharkan diri mereka sebagai Adun Bebas pro-BN.Tidak lama kemudian, Keshwinder Singh (DAP – Malim Nawar),turut berbuat demikian sebelum menyertai parti Parti Progresif Rakyat (PPP).

Apa yang menjadikan kes Perak istimewa adalah DAP yang diwar-warkan sebagai parti Cina berjaya memenangi majoriti kerusi meskipun jumlah rakyat berketurunan Cina jauh lebih rendah daripada Melayu/Bumiputera.Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun lepas, 55.74% penduduk terdiri dari Bumiputera berbanding dengan 28.77% masyarakat Cina.Berbalik semula kepada pilihan raya yang akan datang,sentimen penduduk terhadap pengambilalihan pentadbiran negeri Perak secara jelas akan menjadi isu yang dicanangkan oleh Pakatan Haram dalam usaha mendapatkan kembali kuasa.Bagaimanapun ia bukan mudah untuk Pakatan haram berikutan isu hudud yang telah menjadi polemik dewasa ini dan tunduk kepada kuasa DAP serpihan PAP.kalau nak juga boleh,langkah mayat Karpal singh dulu..hehehehe....

PERSOALANNYA,ADAKAH PERAK DAPAT KEKALKAN MOMENTUM YANG ADA SELEPAS PRU 13 ???

ATAUPUN PERAK DALAM BAHAYA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Brahim Nyior said...

Salam, Perak ni negeri teman. Teman pun salah seorang pengundi berdaftar di DUN Pasir Panjang.

Teman tengok Dr. Zambri berusaha keras mengambil hati masyarakat, khususnya orang Melayu yang merajuk semasa PRU 2008.

Hakikat yang tak dapat ditolak adalah wujudnya undi protes besar-besaran daripada orang Melayu yang selama ni menyokong BN.

Orang Cina, kita letak tepilah. Memang Cina di Perak 99% akan mengundi DAP, berdasarkan situasi semasa dan isu perkauman yang dilemparkan oleh DAP.

Jika BN nak telungkupkan PR di Perak, wajar pemimpinnya turun padang dan mendengar masalah rakyat.

Jangan retorik dan sembang besor, nanti jadi macam kepimpinan Tajol Rosli..

Salam..

Nok said...

Bn kena belajar dari pengalaman PRU12...DAP tak kan menolong org melayu, Ir Nizar adalah pemgkhianat pada org melayu....kalau PR tak tak di bendung ,alamat org melayu akan pupus di negeri sendiri....org cina pandai berpolitik...dan tak akan sokong BN sampai bila2....org melayu adalah bangsa yg tidak pandai berpolitik dan bangsa yg tak ada pendirian dan senang2 boleh di sogok.....org melayu menang sorak kg tergadai....

Anonymous said...

betul tu.. DAP xkan tolong melayu.. jd kenapa kita perlu protes / ugut UMNO

sapien said...

hang ni bodo kah buta huruf ka. tak baca surat khabar ka sapa yg tolok hudud.siap dok kempen lagi dlm surat khabar

 
 
Blogger Templates