Social Icons

Pages

Monday, October 31, 2011

GEMPAR !!! RAKYAT KEDAH MENGAMUK KERANA KERAJAAN NEGERI MENGAMBIL TANAH !!!




" Kembalikan Tanah Hak Kami ! "

Perhimpunan aman NGO GAGAH (Gabungan Generasi Hilang Tanah) di hadapan kilang Gula Padang Terap (GPT) bagi menuntut janji-janji Kerajaan Negeri PAS Kedah yang berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka. Semasa kempen PRU-12 dahulu, PAS Padang Terap dan YB Nasir Zakaria telah berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika PAS menjadi Kerajaan Negeri.

Masalah tanah penduduk Padang Sanai sebenarnya sudah lama sejak zaman Barisan Nasional memerintah lagi selepas Kerajaan Negeri mewujudkan ladang tebu yang antara tujuannya adalah utk mengekang ancaman Komunis dahulu.


Penduduk kampung berarak dalam himpunan aman GAGAH.

Isu utamanya di sini adalah PAS telah berjanji dan memberi harapan palsu kepada penduduk yang kononnya mereka akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika mereka dipilih menjadi Kerajaan Negeri. Bagi membuktikan janji yang dibuat, PAS menunjukkan Manifesto PAS Kedah pada PRU-12 yang antara lain berbunyi "PAS akan menyelesaikan masalah tanah rakyat Kedah".

Kini apabila PAS sudah memerintah Kedah hampir 3 tahun lebih, langsung tiada usaha daripada PAS untuk menunaikan janji-janji yang mereka sendiri lafazkan. Akibatnya, penduduk-penduduk Padang Sanai, Daerah Padang Terap mula menuntut apa yang telah dijanjikan oleh PAS dahulu. PAS Padang Terap cuba lepas tangan dengan spin isu menyalahkan Kerajaan BN sebagai punca masalah tersebut berlaku. Ramai ahli-ahli PAS di Padang Sanai yang marah dengan sikap PAS Padang Terap yang cuba lepas tangan hingga menyebabkan 35 orang ahli PAS daripada Cawangan Kampung Baru di Padang Sanai isytihar keluar PAS dan sertai UMNO termasuk juga bekas Ketua MKK Kampung tersebut serta Setiausaha MKK hingga menyebabkan Cawangan PAS di kampung tersebut lumpuh.


" Kembalikan Tanah Hak Kami ! "

Atas inisiatif Dato’ Syed Sobri ADUN Kuala Nerang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, telah menubuhkan sebuah NGO yang digelar sebagai GAGAH yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli PAS di sekitar Padang Sanai bagi menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Tradewind milik Tan Sri Mokhtar menyelesaikan masalah tanah mereka.

Kemuncaknya, hari ini wakil-wakil daripada NGO GAGAH dan PERKASA Padang Terap telah menyerahkan memorandum bantahan kepada MB Kedah Azizan di Wisma Darul Aman seterusnya membuat perhimpunan aman di hadapan kilang Gula Pdg Terap (GPT) yang dihadiri oleh 1,000 orang lebih penduduk kampung di sekitar Padang Sanai pada pukul 2.30 petang.


Khemah Himpunan GAGAH

Walau bagaimana pun, perhimpunan terpaksa bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis setelah ada pihak yang membuat laporan. Sungguh pun begitu penduduk Padang Sanai akan terus berjuang bagi menuntut janji-janji daripada Kerajaan Negeri PAS serta menuntut hak mereka dikembalikan semula. Wakil daripada PAS Padang Terap langsung tidak kelihatan. Ahli Parlimen Padang Terap YB Nasir Zakaria merangkap Ketua Pemuda PAS Padang Terap dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, lngsung tidak kelihatan.

UNTUK GAMBAR

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

LIVE !!! LIPUTAN KHAS BLOG SEMPENA AIDIL ADHA DI MAKKAH

KLIK DI SINI

6 comments:

Anonymous said...

YP UMNO tak wat keja. Cuba lah ikut peraturan sket. Bayangkan rumah dok free kawasan YB Mat Bashah. Pegi la mengaji bagi pandai sikit hukum agama. Hasil mahsul nanti kalau ada lebih kita nak ke Mekah, tapi kalau hasil itu sendiri was2 sebab kita curi hak kerajaan sapa nak jawab. Kena ingat tu brader2 semua. Jgn main balun je. Mentaliti biar bagus sebelum marahkan org lain. Bayangkan lori beras terbalik pun org angkut curi. Sebab apa? sebab tak mengaji agama.

Anonymous said...

heheh ckp bolehlah.dah tak ada bukti tu bro..aku pun org kedah..dah byk penyelewengan tanah berlaku di kedah.semuanya pemimpin PAS makan bro.jgn nak kencing kami rakyat kedah ok...

zul

aloq setaq

Anonymous said...

Alah...tempat lain di negeri BN pun org demo gak pasal tanah, rumah, dll..

tak sibuk pun ko!!

Anonymous said...

kerajaan kedah sembang ja lebih nak bawa islam la konon nak bg sejahtera la konon. lps menag stok sendiri tidok hongaq dlm ceramah. dekat nak pilhanraya baru nak pulun pebaik jalan la mcm2 la. sama ja ngan dulu.becakap menyombong pait hat jd mb tu

Anonymous said...

kat johor ni diorang pakat himpun ramai2 sebab tanah jugak. tapi mereka berhimpun sebab kerajaan bagi tol kat tanah yang diorang dah lama duduk. nampak tak perbezaannya

Anonymous said...

Tanah yg dah lama duduk dijohor tu ada geran tak? Selama ni kjaan bg dok free. Itu tanah kjaan. Syukurlah. Skrg bayarlah tol sikit. Sekurang2nya kerajaan baik sbb tak halau. Boasanya dah byr tol tu...laluan mudah utk dpt geran. Itu cara kerajaan nak bagi tanah secara sah lah tu. Jgnlsh negatif sgt...untunglah rakyat johor. Kjaannya berusaha bantu rakyat. Dikedah pula, kerajaannya jaga politik sendiri saja. Ceramah berdegar2

 
 
Blogger Templates