Social Icons

Pages

Monday, October 31, 2011

HOT NEWS !!! DUIT SIMPANAN TERENGGANU HABIS KENA TARAH ???


PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan semua wang pelaburan simpanan tetap.

“Kerajaan negeri telah menyimpan wang berjumlah RM205.5 juta dalam bank dalam bentuk pelaburan sejak 15 tahun lalu, tetapi telah habis licin pada tahun 2009 dan 2010,” dakwa Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lapuran ketua audit negara mengenai prestasi kewangan negeri Terengganu.

“Pada tahun 2006, ada sebanyak RM205.5 juta dalam bank dalam bentuk pelaburan, setahun kemudian, pada tahun 2007, dia bawa keluar (wang tersebut) buat belanja sebab tak ada duit, jadi tinggal baki RM89.5 juta,”kata ahli parlimen Kuala Terengganu itu.

Menurutnya pada tahun 2008 wang tersebut terus dikeluarkan sehingga tinggal baki hanya berjumlah RM6 juta.Kemudian, pada tahun 2009,katanya,wang tersebut dikeluarkan habis dan tidak berbaki lagi dan tidak ada simpanan dibuat oleh kerajaan pada 2010 walaupun bajet negeri melebihi RM 2 bilion.

BETUL KER STATEMENT TU ???

ADA BUKTI KER ???

KALAU CAKAP BOLEH LAH !!!





RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Nadi Malaysia said...

Rakyat memerlukan bukti sekiranya dakwaan tersebut benar.. jgn kita menfitnah utk meraih undi..

 
 
Blogger Templates