Social Icons

Pages

Monday, October 31, 2011

SHARBINEE ALLAWEE MEMINTA MAAF KEPADA SEMUA PENYOKONG TERENGGANU !!!


Penjaga gol Terengganu,Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia sang penyu.

“Saya memang kecewa kerana semasa perlawanan penting,terjadi insiden yang tidak diduga ini, perlawanan memang sengit,bola itu datang secara tiba-tiba dan saya gagal membuat keputusan yang tepat hingga memberikan gol mudah kepada pihak lawan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Jelas pemain yang berusia 25 tahun itu,kerana kesilapan inilah mereka telah terlepas peluang untuk menjulang piala yang diidam-idamkan dan kekecewaan jelas tergambar di wajah bapa kepada seorang anak ini.Bagaimanapun kesilapan dan kekecewaan ini telah mengajar beliau dan rakan sepasukan dan ia memberi pengalaman yang cukup berguna dan menjadi titik permulaan untuk terus maju pada perlawanan akan datang.



TAHNIAH KEPADA NEGERI SEMBILAN KERANA MENYAMBAR PIALA MALAYSIA !!!

HOBIN JANG HOBIN !!!

HOBIN JANG HOBIN !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates