Social Icons

Pages

Saturday, November 05, 2011

AMBIGA KATA KAUM HOMOSEKSUAL HARUS DI MANJA DAN DI HARGAI ???


Datuk Ambiga Sreenevasan telah menjelaskan Seksualiti Merdeka bertujuan memberi ruang komuniti LGBT yang dipinggirkan untuk mengetengahkan diskriminasi mereka alami setiap hari dan bukannya menggalakkan gejala homoseksual.Kata Ambiga,sementara beliau faham akan tentangan agama terhadap homoseksualiti,ia tidak bermakna rakyat Malaysia tidak boleh menunjukkan kefahaman dan sensitiviti kepada komuniti yang mengalami tekanan dan penganiayaan mental dan fizikal.

“Ia tidak bermakna bahawa kita ada hak untuk melayan dengan buruk dan menyerang mereka tanpa peri kemanusiaan. Itu tidak bermakna bahawa mereka tidak ada hak. Reaksi terbaru, sehingga ke tahap memanggil mereka binatang, menggambarkan poin ini,” kata beliau.Ambiga menambah pihak-pihak penentang yang mempunyai pandangan mengenai terhadap homoseksualiti berhak untuk memberikan pandangan mereka tetapi tiada anggota masyarakat yang harus hidup dalam ketakutan disebabkan pihak berkenaan.“Saya percaya bahawa setiap manusia tidak sempurna, kita harus menunjukkan peri kemanusiaan dan bukannya keangkuhan,” kata beliau sambil menambah “kita bertanggungjawab untuk memahami keperitan mereka yang mengalami kesukaran, tidak kisah siapa mereka.”

Malaysian Insider

No comments:

 
 
Blogger Templates