Social Icons

Pages

Monday, November 07, 2011

BERITA PALSU CUBAAN PAKATAN HARAM INGIN BURUKKAN IMEJ DATUK SERI NAJIB !!!


Laporan tidak tepat media asing mengenai kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak dan mengaitkan ahli keluarganya berkemungkinan didalangi pihak tertentu yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri melalui 'serangan karektor' bertujuan memberi persepsi negatif melalui penyebaran berita palsu tidak berlandaskan fakta dan sumber sahih.
Tindakan itu dilakukan pihak tertentu bagi meraih sokongan rakyat selepas usaha melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dalam negara menemui jalan buntu.

Bh Melaporkan Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM),Prof Madya Dr P Sivamurugan, berkata kecenderungan media asing melaporkan berita tidak disahkan kesahihannya sejak kebelakangan ini tanpa membuat semakan pengesahan dengan pihak terbabit menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan media luar negara.

“Ini soal etika dan integriti media itu apabila membuat laporan negatif terhadap kepemimpinan negara lain yang tentunya boleh menjejaskan hubungan dua hala negara terbabit.Media perlu membuat semakan apabila menerima maklumat daripada pihak yang mungkin ada niat tidak baik ke atas kepemimpinan negara (Malaysia).Saya kira perkembangan sejak kebelakangan ini menunjukkan usaha pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif kepada Perdana Menteri.Ini kerana penyebaran berita palsu bukan mengenai benar atau salah laporan itu, tetapi bertujuan untuk membina kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap sesuatu isu,” katanya.


Beliau mengulas laporan tidak tepat beberapa media asing mengenai kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang turut mengaitkan ahli keluarganya sebelum media terbabit membuat permohonan maaf kerana terbukti laporan dibuat adalah fitnah dan palsu.

Terbaru, Akhbar Australia,The Western Australian pada Khamis lalu menyiarkan pengakuan kesilapan laporannya Isnin lalu berhubung dakwaan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak membelanjakan AS$60,000 (RM195,000) membeli belah di negara itu ketika bapanya menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth.Insiden sama berlaku awal Ogos lalu apabila akhbar Indonesia,Kompas,mengeluarkan laporan mengaitkan isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor dengan syarikat perniagaan yang dinafikan kebenarannya dan cincin berlian berharga AS$24 juta yang sebenarnya tidak dipesan Rosmah serta mendakwa bakal besan Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

Bagaimanapun,Kompas membuat permohonan maaf menerusi akhbar berkenaan kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya pada 21 Ogos lalu selepas menyedari laporan itu berunsur fitnah dan menghantar wakilnya ke Putrajaya bagi meminta maaf secara peribadi kepada Perdana Menteri.

Sivamurugan berkata,jika diteliti,laporan itu juga membabitkan media di negara di mana Malaysia mempunyai hubungan “turun naik”,sekali gus menimbulkan persoalan mengenai cubaan pihak tertentu memberikan gambaran negatif kepada kepemimpinan Najib yang berjaya membaiki hubungan dua hala dengan negara terbabit.

LEPAS INI CHEGU BARD NAK MAIN ISU APA PULAK ???

JANGAN TUNJUK KEBODOHAN ANDA CHEGU BARD !!!

KANTOI !!!

3 comments:

Anonymous said...

cikgu bard tu bukannya bodoh dia cuma nak jadi menteri kalau pembangkang berkuasa nanti..sebab tu dia buruk=burukan bn terlampau.....dia perasaan anwar akan ambil dia jadi mentri mungkin itu yang dijanji sigay tua ....kesian dia nnti jadi maca zul kulim

Anonymous said...

Anon 10:25. Cuba teliti balik segala butiran kes liwat 1 dan 2 dengan hati terbuka dan jujur. Teliti lah dan buat lah pertimbangan dengan jujur dan adil. Seburuk2 mana pun pada pandangan saudara manusia yang saudara panggil "gay tua" tu, kita berilah dia keadilan yang benar2 adil dalam meneliti dan memahami perbicaraan kes dia. Sungguh, orang yang buat fitnah memang tau apa yang dia ucap, beritahu dan buat adalah perlakuan menfitnah.

Anonymous said...

saudara ibni, saya rasa keadilan kepada anwar telah diberi melebihi tahap yang cukup, malah kalau nak dibandingkan dgn orang biasa, keadilan yang diberi kpd anwar adalah dianggap melampau. Hanya manusia yang berada dipihak lawan (pembangkang) sahaja yang masih belum atau tetap tak berpuas hati. Bagi mereka, kalau pesalah dipihak mereka dilepas bebas, barulah adil namanya. Inikah bentuk undang2 yang hendak mereka perjuangkan untuk negara?. Perjuangan hudud sebenarnya lebih dipolitik daripada keikhlasan untuk melaksanakannya.
- Nonbal

 
 
Blogger Templates