Social Icons

Pages

Saturday, November 05, 2011

EKSKLUSIF !!! KEPUTUSAN PENUH #ASK2011 ANUGERAH SKRIN 2011 !!!



alamak,jangan marah yer,saja nak buat artikel untuk ASK 2011.sekali sekala apa salahnya,hehehe.saya buat artikel Untuk awal pagi ini kerana saya ingin melihat siapa pemenang baru saya update semuanya.sebelum itu,saya ingin mengucapkan Tahniah buat seluruh team Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) kerana dengan jayanya berjaya ‘mengvisualkan’ malam penuh berprestij mengiktiraf karya,bakat juga sumbangan anak-anak seni tanahair di persada lakonan.Bertemakan ‘Golden Glamour’, daripada set pentas ke perjalanan agenda diserikan lagi dengan persembahan penuh bertenaga. ASK edisi yang ke-17 pastinya memberi momen terindah kepada para pemenang terutamanya kepada pengarah berusia 50 tahun,aktor Sabri Yunus menang besar malam tadi menerusi drama ‘Sanggul Beracun’.Tahniah buat para pemenang ASK 2011 !!!

Jom lihat keputusan penuh para pemenang Anugerah Skrin 2011 !!! Mari kita tengok siapa yang kena !!!

Kategori Drama

Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd

Kategori Filem

1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’,Erhan Baharudin / Sujin Lee

Kategori Penerbitan Dalaman

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa : Dato’ Fadzillah Kamsah
Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011 : Top 12 Show
Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.

Anugerah Khas

Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG !!!

YANG KALAH CUBA LAGI YER !!!

HEHEHEHEHE....

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Confirm, Raja Drama di tolak dari pencalunan.

 
 
Blogger Templates