Social Icons

Pages

Tuesday, November 08, 2011

SEKSUALITY MERDEKA 2011 !!! MARINA MAHATHIR MENGECAM MEDIA ???



Datuk Paduka Marina Mahathir menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyaman jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.

Pada sidang media yang diadakan petang Semalam anak bekas Perdana Menteri itu berkata,tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah,yang jelas menerusi TV3 malam kelmarin dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya disalah petik.

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita.

Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu,yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenavasan,Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.



“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan ??? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini.adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini ???” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Ambiga,kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.

“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.

“Jaga-jaga, TV3.”

Khamis lalu,Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

BOLEH PERCAYA KER ???

RENUNG-RENUNGKAN

11 comments:

Anonymous said...

Kepada Marina Mahathir, jika Seksual Merdeka adalah untuk memperjuangkan hak, bagaimana dengan hak aku sebagai rakyat yang minat dengan senjata api seperti pump gun, riffle dan sniper. Ia merupakan hak aku sebagai individu untuk memilikinya. Kenapa ia diharamkan di Malaysia.

Anonymous said...

anon...
kita mempunyai minat yg sama...hak kita selama ini dinafikan...ketagih dan gian untuk menembak..marina perjuangkan hak kami...

Anonymous said...

...sehingga kini aku belum lagi berjumpa atau terjumpa Lembu Lesbian atau Kambing Gay.... Yang pernah jumpa ialah Pemimpin Al-Jubs....

Anonymous said...

kumpulan pengedar dan penagih dadah juga akan bangkit menunt hak mereka..

pengedar dadah...gua mau bisnis saja bro..its all about money...aku juga ada hak..

penagih dadah...leleh beb...gua nak gian jugakk...itu hak gua...gua punya pasal la..

dan hal ini berterusan..(nanti pulak ada orang yang confes hak asasi menyontot china doll)

Anonymous said...

hahaha baek punya...to marina, ambiga,irene, and marina chin ..bila nak perjuang hak golongan yang suka menyontot china doll?

Anonymous said...

umno kutuk2 ambiga, seks merdeka..rupanya2 dibelakang seks bebas ni anak maharaja umno mahathir sendiri punya kerje....

tu lah kan dah malu dah! mahathir punya kutuk gil, tapi tak sedar nk di sendiri pun berfahaman songsang seks bebas....bullshit!

Anonymous said...

Tentang hak menyontot china doll tu, nanti2 lah. Kita uji k'jaan dan rakyat malaysia dgn hak seksual ni dulu, kalau bab ni boleh jalan, jangankan bab china doll, bab hak untuk mencuri dan menyamun harta benda orang pun akan kita perjuangkan....
(dipetik dari kenyataan setan-setan penganjur)

Anonymous said...

Dalam setangkai buah tak semuanya elok, dalam amalan pertanian buah yg tak elok harus dimusnahkan bagi mengelakkan kuman berjangkit kepada buah yg elok.

Anonymous said...

itu kan hak kebebasan media mcm puak2 tu perjuangkan.suka hati dia la nak siarkan apa yang drg suka.so kena terima la,x perlu melenting dgn media..blogger pun punyai hak nak siarkan apa2 yg drg nak atas nama 'kebebasan' jgk.pandai2 la tuan punya badan(penganjur) jawab isu.hahahahaha

Anonymous said...

pembunuh,perogol,pencuri pun ada hak atas nama 'hak asasi' klo ikut tafsiran pemikiran ambingai marina ni..klo golongan ni bertindak atas drg kena terima sja la.x perlu susah2 buat laporan polis utk menghormati 'hak asasi' mereka..hahahaha

Anonymous said...

ayahpin pun ada hak asasi nak buat teko giant jugak

golongan yang menikah mut'ah? bestnya kalau boleh kakakaka

 
 
Blogger Templates