Social Icons

Pages

Thursday, November 17, 2011

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM !!! ANWAR KATA POLIS NAK JATUH KAN DIA ???


Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan beliau memberi laporan palsu bersabit video seks yang dikaitkan dengannya sebagai agenda jahat Kerajaan untuk menjatuhkannya.Peguamnya Sivarasa Rasiah bagaimanapun enggan mengulas bukti-bukti yang dikumpul oleh polis termasuk perakuan dua pakar Amerika Syarikat mengenai pelaku dalam rakaman itu.

Sivarasa mengiringi Anwar untuk memberi kenyataan kepada polis di Balai Kepong bersabit dakwaan beliau membuat laporan polis palsu apabila menafikan dirinya sebagai pelaku dalam rakaman itu pada Mac lalu.Anwar menyifatkan siasatan terbaru polis terhadapnya sebagai usaha khianat.

“Ini satu lagi percubaan usaha khianat dan jahat pemimpin Umno BN untuk menghalang saya daripada menjalankan tugas dalam kegiatan politik yang sah,” kata Anwar.


Anwar turut terkejutnya apabila Peguam Negara,Tan Sri Abdul Ghani Patail masih dilibatkan sama untuk menyiasat kes ini kerana mendakwa beliau mempunyai kepentingan dalam kes itu.

“Tan Sri Ghani Patail dalam kes terdahulu dilarang terlibat kerana dia terlibat dalam kes pendakwaan yang dibuat oleh Ketua Polis Kuala Lumpur yang dia telah pun membuat penipuan dalam kes saya 1998,” kata Anwar.

Antarapos Melaporkan Anwar dipanggil ke Balai Polis Kepong tiba kira-kira jam 3.15 petang diiringi isterinya Wan Azizah dan pasukan peguam mereka yang merangkumi Sivarasa, N Surendran,Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.Sivarasa tidak mahu mengulas apabila diajukan kemungkinan siasatan polis terbaru adalah berpaksi kepada laporan dua pakar Amerika Syarikat memperakukan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video Datuk T itu.Beliau hanya menegaskan bahawa polis berniat jahat.


“Saya tidak dapat komen.Polis sudah tunjuk niat jahat mereka” katanya.

Dalam laporan mereka yang dibacakan di mahkamah Jun lalu, Profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat dilaporkan berkata wujud keirasan lelaki dalam klip video itu, dengan foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.Kenyataan yang diambil oleh polis daripada Anwar adalah mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.

Laporan itu adalah berhubung tindakan trio ‘Datuk T’ yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah di ibu negara.Tiga individu berkenaan adalah bekas Ketua Menteri Melaka,Tan Sri Rahim Thamby Chik,ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.Mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu dan didenda.

Siasatan terbaru polis adalah berasaskan aduan oleh DSP Shanmuga Moorthy dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung laporan yang dibuat oleh Anwar.DSP Shanmuga adalah individu yang telah mengambil laporan Anwar sewaktu beliau membuat laporan polis berhubung isu video lucah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 22 Mac lalu.

POLIS BERNIAT JAHAT ???

SEBELUM INI PANDAI PULAK LAPOR KAT POLIS ???

KALI INI KATA POLIS PULAK NAK JATUHKAN ANDA !!!

UDAH-UDAH LAH !!!

RAKYAT DAH TAHU PERMAINAN ANDA !!!

KECUALI YANG DAH ANDA PEGANG TU TERPAKSA IKUT !!!

KALAU TAK,TAK DAPAT RM3 JUTA !!!

BETUL TAK ANWAR IBRAHIM ???

1 comment:

Mordecai Kucai said...

Tengah fikir ni apa yang Ghani Patail dapat dalam kes Anuwar.

Adakah berbilion bilion Dolar lebih dari yang Anuwar simpan?

Dasyat Ghani Patail ni ya. Duduk saja dalam negera kerja gomen lagi boleh di cemburui Anuwar.

Anuwar nak jatuh apa lagi.. dah jatuh dah ketanah.. ni nak gali lubang kasi dia jatuh masuk dalam lubang kubor pulak.

 
 
Blogger Templates