Social Icons

Pages

Sunday, December 11, 2011

GEMPAR !!! LANGSUIR BERTENGGEK DI SELEKOH MERBAHAYA !!!


HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.

“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.

“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.

“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.

“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.

“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.

5 comments:

eXception said...

Kat Ampang ada Mak Lampir xde la kecoh mcm ni...

zahari1950 said...

Dalam hal ini kita perlu bersifat positif dan berani tetapi bukan berani membabibuta.

Jika dia wujud di tempat tersebut dan mengancam, maka kita perlu buat sesuatu.

Jika ianya satu penipuan atau rekaan semata-mata bagi menarik perhatian atau untuk mewujudkan ketakutan dan kegemparan maka perbuatan tersebut harus dihentikan dan pelakunya perlu diambil tindakan. Ini dikirakan satu perbuatan jenayah.

Saya bukan mahu menafikan kewujudannya atau pun terburu-buru mempercayainya tanpa usul pereksa.

Setiap yang yang wujud di dunia dan di alam semesta ini adalah makhluk Allah yang bersifat baharu dan akan mati atau binasa pada akhirnya.

Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui.

Anonymous said...

pasukan 666, Uncle seekers dan paranormal yang lain kene bertindak mendedahkan misteri ini betul atau tidak atau tipu aje..perbelanjaan untuk operasi leh tuntut kat ostat azizan MB kedah...amacam ? kan dalam negeri pas mana ada hantu ..

Anonymous said...

melayu memang ada budaya penakut, melatah dan mudah percaya.. sama la dengan politik.. alo melayu, jangan mudah terjebak ya..

azmidaman said...

Den lobih takutkan pado hantu2 yang ado dalam pakatan rakyat...hantu2 ini boleh menyobabkan komalangan pado bangso dan negaro...sekian,timo kasih.

 
 
Blogger Templates