Social Icons

Pages

Saturday, December 03, 2011

HOT VIDEO !!! BANJIR BESAR DI KAJANG !!!


Hujan lebat selama hampir sejam bermula 4 petang tadi menyebabkan sebahagian besar daerah Kajang dilanda banjir kilat sehingga ada kawasan yang dinaiki air hingga ke paras dada.

Pusat Bandar Kajang antara paling teruk terjejas apabila arus deras banjir melanda pusat membeli belah Plaza Metro Kajang menyebabkan orang ramai di premis berkenaan panik.

Puluhan premis perniagaan dan kediaman turut dimasuki air banjir selepas paras air di Sungai Kajang melepasi paras bahaya dan melimpah ke kawasan sekitarnya.

Sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor,Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya.

Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan,air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

Berpuluh kenderaan turut tersadai dan ada yang ditenggelami air, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Air banjir sudah beransur surut selepas hujan reda sekitar jam 5 petang.





3 comments:

Anonymous said...

Nik Ajis mesti kata ini Ujian bukan Bala dari Allah swt. Punya nak cover line

Ini la balasan Allah swt kepada PAS yang bersekongkol dengan KAFIR HARBI. Dah tu oghe dia sendiri (si Hassan tu) tak nak support. Nik Ajis ni macam orang bisu.... Hang bisu betui lagi baik la nik Ajis. Zikrullah dlm hati je, tak perlu bersuara..Tohan masih trima !

Anonymous said...

=.= org bodoh ke apa ni banjir pon nk dipolitikkan..dah bodoh sgt?

eXception said...

Masih ku ingat lagi sewaktu banjir besar kat Pahang yang mana Pekan antara terjejas teruk... Kalangan pemimpin PAS mengatakan banjir di Pekan berpunca dari dosa DS Najib... Akan tetapi apabila banjir di Kelantan... Takde pulak mereka katakan dosa Pork Nik... Bila Kedah banjir xde lak mereka katakan dosa Ostad Jijan... Anon (December 3, 2011 12:37 AM) mesti sedar yang mempolitikkan hal ni dulu ialah pemimpin PAS sendiri...

 
 
Blogger Templates