Social Icons

Pages

Friday, December 09, 2011

SAH !!! PAS TUNGGANG TERBALIK !!! HUDUD TIDAK AKAN DI LAKSANA KAN !!!


Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil,mencegah kemungkaran,ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Beliau berkata,Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.Namun,katanya,ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.Biar mereka melihat terlebih dahulu,sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.

Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.

AIK ???

MALAS NAK KOMEN !!!

PRU NANTI MESTI TUKAR BALIK !!!

TUNGGU !!!

1 comment:

Lebai Malang said...

..kalau jumpa ular dgn ularmak PAS, yg harus dipukul dulu ???? ..yg lebih banyak putar belitnya..???

 
 
Blogger Templates