Social Icons

Pages

Friday, December 09, 2011

UMMI HAFILDA DI TUDUH SEBAGAI PELACUR ???


“Saya dituduh sebagai pelacur,saya dituduh macam-macam tanpa disertakan bukti,saya difitnah dan semalam Alhamdulillah kebenaran akhirnya terbukti.Walaupun kemenangan di pihak saya,namun saya tidak akan memaafkan mereka yang memfitnah saya itu di dunia dan akhirat !!! ,”.

Begitulah raksi Ummi Hafilda Ali yang menang dalam kes samannya di mahkamah semalam.Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan Syarikat Prema membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada kerana memfitnah ahli perniagaan itu melalui rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah, 12 tahun lalu.Dengan keputusan itu,sidang berkenaan mengurangkan separuh daripada jumlah asal ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Jun 2006.

Bagaimanapun mengikut laporan akhbar,Ummi Hafilda tetap mendapat ganti rugi am berjumlah RM150,000 selepas tiga pihak lain yang dinamakan sebagai defendan-defendan dalam kes saman tersebut kekal diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM100,00.Ini kerana ketiga-tiga defendan tersebut iaitu Pas,bekas pemegang permit Harakah,Halim Arshat dan bekas Ketua Pengarang akhbar itu, Mustapha Ali setakat ini tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Ketika ditanya Mynewshub.my,tidakkah tuduhan yang dilemparkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan satu fitnah,Ummi Hafilda menafikannya sama sekali.

” Apa yang saya kata tentang Anwar (Ibrahim) bukan fitnah kerana saya ada bukti, kalau betul saya fitnah mana-mana pihak, saya juga bersedia untuk disaman,” tegasnya.

Mengenai kemenangan beliau semalam,Ummi Hafilda mengatakan jumlah ganti rugi yang beliau dapat sebenarnya lebih daripada itu kerana ada beberapa pihak nampaknya gagal membuat rayuan.

” Saya tidak kisah beberapa banyak pun yang saya dapat tetapi percayalah, ia tidak mungkin dapat membeli maruah saya yang tercemar,” katanya.

Ketika ditanya apa yang beliau hendak buat dengan wang ganti rugi tersebut, Ummi Hafilda berkata beliau bercadang untuk bersedekah terutamanya kepada anak-anak yatim termasuk mengadakan kenduri kesyukuran atas perjuangannya selama 12 tahun itu

1 comment:

Anonymous said...

Bravo...bravo...sebagai ingatan, fitnah membawa padah. Allah sentiasa bersama orang yang benar dan inilah buktinya...tahniah ummi hafilda

 
 
Blogger Templates