Social Icons

Pages

Monday, January 02, 2012

DALANG-DALANG DEMO UPSI UPAHAN ANWAR IBRAHIM DI DEDAH KAN !!!


AIDCNews – 2/01/12 Hanya beberapa kerat sahaja dalang mahasiwa kaki demo yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan modus operandi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) itu.

1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah kerajaan negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana.

Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dilantik menjadi Pengerusi SMM.

Hebat sungguh cara susunan Anwar yang ‘amat demokratik’, dari susunan PKR diaturkannya, hinggalah sampai kepada kepimpinan pelajar.

Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM.

Namun,kerana sentuhan Anwar,beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.

Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Prof. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.



Syukri syok sendiri dijulang sebagai hero ketika demo di masjid UIA bela Aziz Bari. Pelajar UIA pun tak terlibat,Syukri dari KUIS pula yang terlebih sudu


Bila malam menjelma,maka muncullah knight of the templar yang menyalakan candlelight vigil

Pelik kan..pelajar KUIS menyamar jadi pelajar UIA yang kononnya berlagak Islamik,tetapi apabila malam menjelang,si peyamar yang kononnya Islamik itu terjebak pula dengan upacara warisan Kristian, bakar lilin (candlelight vigil).


2. Adam Adli,pelajar UPSI. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR.Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin.Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara.Memang jauh api dari panggang.Adam Adli sebenarnya seorang penakut, buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu tempelengnya.

Penakutnya Che Guevara..

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

SMM adalah pertubuhan underground pelajar yang diharamkan sejak tahun 2001. Ini cerita lama.SMM pernah ‘mati’ sekejap selepas kebakaran DTC (Dewan Tunku Canselor) UM dan penangkapan siswa 6 di Masjid Negara,namun ‘hidup’ semula selepas kampus menjalankan polisi terbuka.

Kasi Pecah Cermin



Siswa underground ini sudah sudah dilatih cara paling berkesan untuk berdemo. Mereka akan buat provokasi supaya polis/FRU marah dan pukul mereka. Angkat poster Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terbalik, itu adalah provokasi mereka. Menjerit dan maki hamun polis, itu juga termasuk dalam silibus modus operandi mereka.Jika polis atau FRU tidak pukul mereka sampai berdarah, mereka akan buat apa sahaja supaya nampak berdarah, termasuk rempuh cermin klinik.Lepas sudah nampak berdarah, diteruskan dengan drama sakit tenat, macam skrip BERSIH 2.0. Itu sahaja skripnya. Sama sahaja.

Lakonan

Angin Perubahan melihat lakonan ‘kecederaan’ Safwan Anang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa BERSIH 2.0.

“Safwan Anang adalah menantu kepada Naib Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor..Ini bukan kali lakonannya..”,
kata blogger Angin Perubahan.


“Memang sah ‘auta’. Sebab sebelum itu riuh puak-puak pembangkang menjerit kat facebook dan twitter kata mahasiswa nazak kena pukul dengan polis. Padahal yang sebenarnya cedera sebab rempuh pintu kaca sebuah klinik masa hendak melarikan diri bagi mengelak ditangkap polis”, kata Helme Hanafi,Agendadaily yang turut membuat perbandingan antara foto Safwan ‘sakit’ dengan foto Anwar ‘sakit’.

Ramai yang tentu dapat imbas kembali semasa demo Bersih tidak lama dulu bilamana Anwar terlantar macam teruk sangat di hospital kerana terkena gas pemedih mata di KL Sentral.Sebab itu ada yang ketawa mendengar kisah drama di UPSI yang dianggap sebagai modus operandi yang macam pernah tengok’”, kata wartawan Agendadaily itu.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam kenyataannya menyangkal ‘kecederaan’ Safwan akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

“kecederaan ahli kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa”, katanya.

mazidulakmal.com secara sinis menyindir, sudahkah dia (Safwan) membuat laporan polis terhadap dakwaan ditumbuk dua kali di muka seperti dihebahkan? Siapa membelasah dia?

“Barangkali dia masih lemah dan tidak berupaya bergerak ke Balai Polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim pada ketika ini.Jika dakwaan dicederakan itu benar, suspek boleh disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Siapa suspek itu?”, soalnya.

Yang Dipertua MPP UPSI,Muhammad Afiq Fikri Mislan, pula mengkritik tindakan pelajar luar itu yang disifatkan tidak matang

“Kami sama sekali tidak setuju dengan demonstrasi ini kerana ia mengganggu kehidupan pelajar. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan semuanya mahasiswa UPSI.Jika ada pun yang terlibat, mungkin seorang dua dan ia tidak langsung mewakili suara keseluruhan mahasiswa UPSI. Mereka adalah golongan minoriti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muhammad Afiq berkata,jika demonstrasi yang diadakan sehingga lewat malam tadi untuk menyelamatkan seorang pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim daripada dikenakan tindakan tegas pihak universiti, ia sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Katanya, pihak universiti sendiri belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan Adam menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

“Lagipun, sebarang tindakan yang mungkin dikenakan nanti bukan diambil secara sambil lewa tetapi berdasarkan bukti-bukti kukuh mengikut penilaian jawatankuasa khas universiti,” katanya.


ANDA INGIN LAPORAN PENUH KEJADIAN ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

4 comments:

Johan said...

Dalam video itu Adam Adli siap bagitau supaya kawan-kawannya menentang UPSI bila beliau dipanggil pada 9 Jan ini. Adam juga mendakwa UPSI tidak ada kebebasan Akademik. Malam itu Adam mendakwa telah menawan UPSI. Mula-mula ada yang membodek polis...mengatakan mereka bukan menentang polis...

saghir ahmad said...

Itu barua kimak , haram jadah mereka nak hancurkan negara kita. Dia belum nampak lagi anak jantan lagi

Brahim Nyior said...

Syukur rakaman sebenar disebarluaskan sebelum ia dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Saya sendiri melihat betapa polis memberi ruangan untuk perbincangan tetapi disambut dengan kata-kata provokasi oleh siswa perusuh.

Apabila mereka memanjat pagar utama UPSI, barulah polis bertindak tegas kerana arahan mereka sebelum ini diabaikan oleh siswa perusuh.

Kepada anggota PDRM, teruskan iltizam menjaga keselematan da keamanan negara.

Anonymous said...

Mcm samaaaa jee!!!!lakon layarnye. Ciplak ke atau telah disondol //nak rescue anwarinasijuburi pada 901.

 
 
Blogger Templates