Social Icons

Pages

Thursday, January 19, 2012

FASHA SANDHA BERKAHWIN DI THAILAND ??? INI JAWAPAN SEBENAR TUAN EMPUNYA DIRI !!!


Fasha Sandha menafikan sekeras-kerasnya yang dia sudah kahwin. Sebelum ini timbul khabar angin yang mengatakan Fasha Sandha sudah bernikah di Thailand.Khabar angin tersebut timbul selepas tersebar cerita yang dibawa oleh seorang bekas wartawan hiburan yang mendakwa Fasha Sandha dan kekasihnya,Jejai sudah pun bernikah beberapa bulan lalu (maknanya tahun lepas).

Kenapa kahwin di Thailand? Menurut sumber pembawa cerita (atau pembawa khabar angin), perkahwinan mereka itu tidak direstui oleh ibu Jejai yang dikatakan masih lagi menyayangi bekas isteri Jejai, iaitu Nora Danish. Sebab itulah mereka kahwin di Thailand. Boleh terima tak cerita macam ini?

Kata Fasha Sandha,"Saya masih lagi bujang dan belum bernikah. Itu semua adalah berita palsu yang disebar dan dicanang di beberapa blog hiburan tanah air. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin dan usia saya juga bukan semakin muda. Saya akan berkongsi detik istimewa tersebut bersama media dan peminat saya Cuma buat masa ini, berilah saya ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa."

Hanya media terpilih dijemput ke majlis kahwin Fasha kelak

13 Jan - Tak pasti kenapa tetapi Fasha Sandha kata dia hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinannya kepada enam media terpilih sahaja termasuklah mengundang wakil media tersebut untuk meraikan majlis pernikahannya dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai).Fasha Sandha memberi gambaran yang hanya media yang rapat dengannya sahaja akan mendapat peluang tersebut. Namun Fasha Sandha enggan menyatakan media mana yang dimaksudkan itu.

Ulas Fasha Sandha lagi,"Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua. Bagaimanapun saya tidak akan membuat pengumuman secara sidang media seperti para selebriti selalu lakukan kerana dia (Jejai) agak segan untuk menghadiri acara sebegini. Justeru itu saya akan memilih hanya enam wakil media yang rapat untuk mengumumkan hari bahagia itu."

Bakal kahwin 28 Mac depan ???

Banyak sungguh spekulasi tentang Fasha Sandha ni.Tadi ada khabar angin kata Fasha Sandha dah kahwin di Thailand.Baru-baru ini ada pulak laman blog yang kata Fasha Sandha sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya dan tarikh yang dipilih ialah 28 Mac depan iaitu bersempena tarikh hari jadi Fasha.Sekali lagi Fasha Sandha terpaksa membuat penafian. Malah kata Fasha pada tarikh tersebut dia akan ke Perancis untuk penggambaran drama slot Akasia TV3 berjudul,Seindah Safura.

"Jangan pula ada yang membuat spekulasi bahawa tarikh perkahwinan saya jatuh pada hari jadi saya. Itu tidak benar kerana saya akan sibuk dengan penggambaran di Perancis.Ada juga gosip kononnya saya akan berkahwin di Thailand. Tak mungkinlah," kata Fasha Sandha.

ITU LAH DUNIA ARTIS !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates