Social Icons

Pages

Thursday, January 05, 2012

HOT NEWS !!! KERAJAAN SELANGOR SALUR DANA DEMONSTRASI HARAM DI UPSI ???


Satu berita menarik tetapi mengelirukan yang dilaporkan FMT bertajuk “S’gor tandatangani MoU dengan UiTM“.

Berita menarik kerana ia membawa mesej yang amat besar,tetapi mengelirukan kerana benarkah Khalid Mohd Ismath mewakili pengurusan tertinggi UiTM untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Selangor ??? Laporan menyebut Khalid Mohd Ismath dari sebuah pertubuhan pelajar haram, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mewakili UiTM telah menandatangani MoU dengan Exco kerajaan negeri,Dr Xavier Jayakumar di Shah Alam pada 3 januari 2012.

“Ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka. Ia membuka jalan bagi hubungan erat antara persatuan mahasiswa universiti tersebut dengan kerajaan negeri di masa-masa yang akan datang.Sebelum ini kerajaan negeri melalui beberapa Exco negeri turut memberikan bantuan kepada beberapa buah universiti lain,” kata Dr Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Dr Xavier ini bermaksud tugas memberi bantuan kepada mahasiswa itu tidak semestinya dipertanggungjawabkan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh YB Dr Halimah Ali tetapi beliau yang menjawat exco bukan pendidikan pun turut memberi perhatian kepada bantuan kebajikan mahasiswa.



AIDC Melaporkan,Persoalannya,kenapa MoU dan bantuan diberikan kepada Khalid Mohd Ismath mewakili sebuah pertubuhan haram yang sering turut serta dalam pelbagai demonstrasi pelajar di ibu kota ???

Malah nama Khalid Mohd Ismath termasuk dalam salah seorang dalang mahasiswa yang aktif terlibat dalam demonstrasi jalanan sejak akhir-akhir ini.

Sila tonton video di bawah untuk membuktikan penglibatan Khalid Mohd Ismath dalam demonstrasi pelajar di UPSI baru-baru ini.



Sekiranya benar kerajaan Selangor sangat prihatin dengan kebajikan mahasiswa,kenapakah tidak disalurkan bantuan kepada pertubuhan pelajar yang sah di UiTM seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) supaya dapat diagihkan kepada pelajar-pelajar lain yang benar-benar memerlukannya ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates