Social Icons

Pages

Friday, January 06, 2012

HOT NEWS !!! RAMAI PEMINAT KECEWA DENGAN PENAMPILAN ANIL KAPOOR DALAM M.I 4 ???


Anda Sudah tengok Filem Mission Impossible : Ghost Protocol (MI4) ??? saya sudah tengok cerita ini 2 Kali dan saya berpendapat ia filem yang sangat bagus,rugi kalau tidak menonton di pawagam.Filem ini membariskan Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg,Paula Patton dan Josh Holloway mendapat rating yang bagus di IMDb dan Rotten Tomatoes.Bak kata penulis rebiu filem tempatan,That Movie Blogger Fella:

But I can say that Mission Impossible : Ghost Protocol is the best of them yet,not to mention the best popcorn movie of the year (2011).

Bagaimana pun saya nak cerita sikit tentang Anil Kapoor,aktor Bollywood yang turut berlakon dalam filem tersebut.Anil,dikenali peminat kerana sering berlakon bersama Sri Devi satu ketika dulu dan mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas lakonannya dalam Slumdog Millionnaire,pada mulanya diberitakan di Bollywood sebagai pemegang watak antagonis utama.

Tapi e-mail yang saya dapat memberitahu,ramai peminat filem India yang kecewa kerana watak Anil cuma berada di skrin selama 3 minit dan peminat menyifatkan kemunculan wataknya seperti seorang ‘badut’. badut rakyat ker ??? muahahaha...

Saksi kan video di bawah trailer MI4 dengan beberapa saat kemunculan Anil (sekitar 1:12)



VIDEO DI BAWAH INTERVIEW BERSAMA ANIL KAPOOR



Sebenarnya,bagi saya walaupun 3 minit,lakonan Anil sangat berkesan sebagai seorang jutawan India pemilik satelit pelancaran nuklear yang kaki perempuan.Sebaliknya,informasi awal yang berlegar di blog dan internet,Anil memegang ‘watak jahat utama’.agak nya itulah yang menyebabkan kekecewaan peminat.sumber juga memberitahu sejak dari awal,ramai aktor Bollywood yang mencemburui Anil kerana wataknya dalam MI4,makin galak pula memerli beliau kerana penampilannya itu.

Anil bagaimanapun masih belum memberikan sebarang reaksi pada kekecewaan peminatnya.kalau ada di internet saya akan beritahu anda yer..

JOM LAYAN CINTA MUKA BULU DI BAWAH



MUAHAHAHAHAHAHAHA....

No comments:

 
 
Blogger Templates