Social Icons

Pages

Friday, January 06, 2012

HOT NEWS !!! SUFIAH YUSOF MENYESAL KERANA MENJADI PELACUR !!!


ingatkah anda kepada seorang lagi pelajar genius Melayu,Sufiah Yusof,yang turut menggemparkan Malaysia tidak lama dulu dengan aksinya yang lebih mengancam ??? Apa pula cerita Sufiah Yusof di kala ini pula ???

Mari kita susuri kisah wanita genius ini.

Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof,menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang),Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro.

Untuk mengesahkan perkara itu,Hanafi berkata,pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan terkutuk itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu,Sufiah Yusof berkata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan yang tidak bermoral itu.Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah Yusof disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah Yusof yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester,adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya,Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik. Mengulas lanjut, Hanafi berkata,Sufiah Yusof kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya.

“Bagaimanapun melalui e-mel sama,dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan Sufiah Yusof dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya.

Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan.Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah.

DI HARAP SEMUA INI MENJADI TATAPAN ANDA !!!

CERITA AMALINA SUDAH PUN DI SEBAR KAN !!!

APA PUN TERJADI KITA HANYA MAMPU BERDOA !!!

HANYA ALLAH SAJA YANG BOLEH MAKBUL KAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates