Social Icons

Pages

Sunday, January 29, 2012

HOT NEWS !!! SIAPAKAH KERAJAAN KEBAJIKAN YANG SEBENAR ???


Seminggu yang lepas Sel13.com telah menulis kisah bagaimana parti-parti yang mengisytiharkan mereka sebagai sebuah kerajaan kebajikan yang memerintah Selangor menindas rakyat apabila memberhentikan bantuan kepada operator bas henti-henti.

Akibat dari pemberhentian bantuan tersebut telah mengakibatkan operator bas terpaksa memberhentikan perkhidmatan mereka kerana terpaksa menanggung kerugian yang teruk.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA


Berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka. Tidak perlu memukul canang mereka sebuah kerajaan kebajikan atau berbuih mulut di atas pentas ceramah, kerajaan pimpinan Ali Rustam terus-menerus berbudi kepada rakyat.Kerajaan Melaka telah mengumumkan mereka akan mengambil alih sembilan syarikat bas yang beroperasi di Melaka dengan kerjasama enam agensi kerajaan negeri.

Apabila telah diambil alih dan beroperasi kelak kerajaan negeri menjangkakan mereka akan mengalami kerugian sebanyak RM 14 juta setahun.Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana bagi mereka khidmat dan perkhidmatan kepada rakyat lebih penting.

Semoga rakyat Selangor sedar dan celik mata terhadap apa yang dilakukan oleh sebuah kerajaan kebajikan yang memerintah Selangor.Yang mereka pukul canang ke seluruh pelosok tanah air adalah pemberian air percuma 20 meter padu sebulan.Itu pun bukan semua orang dapat. Yang kaya tinggal di rumah banglo dapat , yang susah tinggal di rumah pangsa tak dapat.

Apa guna dapat air percuma RM 11.00 sebulan jika tidak dapat membantu menyediakan khidmat bas kepada rakyat, jalan raya berlopak sana-sini , sampah tidak diangkut berminggu-minggu dan seribu satu masalah lain lagi.

Apa guna bayar gaji penasihat ekonomi RM 1 sebulan, tetapi kos operasi pejabat dan bayaran tuntutan termasuk tuntutan perjalan keluar negara mencecah ratusan ribu sebulan ???

Semoga rakyat Selangor tidak terus terpedaya dengan RM 11 .00 sebulan.Diberi kepada kita RM 11.00, tetapi dibalun kepada mereka dan kroni ratusan ribu sebulan.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

kerugian yg di tanggung kerajaan melaka adalah keuntungan pemimpin yg akan mendapat berkat bila sesiapa yg bersyukur terhadap belian...

kebajikan haram jadah yg telah dilakukan oleh si JAMBAN nie akan mendatangkan lakhanat bila saudara kita yg ditindas meminta pertolongan pada ALLAH TAALA...

PEJUANG HAMAS...

 
 
Blogger Templates