Social Icons

Pages

Saturday, February 18, 2012

BLOGGER PRO PAS MENGKRITIK ANWAR IBRAHIM ???


AIDCNews – 17/02/12 – Blogger otai pro PAS,Penarik Beca berkata jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya menyokong keselamatan negara Israel walaupun meletakkan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin terlebih dahulu.

Penarik Beca dalam artikelnya bertajuk “Anwar sahkan dia sokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” berkata demikian ketika mengulas jawapan terbaru Anwar yang disiarkan dalam blog rasmi Ketua Umum PKR itu.

“Dia suruh kita baca dua ayat itu bersekali. Bila baca lagu tu, nampak jelaslah Anwar menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dengan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin”, katanya.

Menurut blogger itu, konsep saling menghormati antara Israel dan Palestin dikenali juga dengan konsep "two state solution" yakni saling mengiktiraf kedaulatan dua negara.

“Anwar bercakap tentang aspirasi rakyat Palestin. Aspirasi yang Anwar maksudkan itu merujuk kepada “two states”.Anwar jelas tidak mengambilkira aspirasi majoriti rakyat Palestin. Dalam laman Wikipedia bertajuk “Two-state solution” dinyatakan, “the majority of Palestinians do not accept the concept of two states for two peoples“. Akhbar puak Yahudi Israel The Jerusalem Post pula melaporkan berita bertajuk “6 in 10 Palestinians reject 2-state solution, survey finds“.

“Kalau Anwar tergedik-gedik sokong sangat “segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dengan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin”, itu dia punya fasal. Masalah kita di bawah ni ialah kita terpaksa berhadapan dengan ramai orang yang dah berjaya dibangangkan oleh propaganda Umno dan menyusahkan kerja orang nak lawan Umno. Anwar sakan-sakan sungguh bubuh babi, taik babi, bangkai babi atas usaha rakyat yang nak lawan Umno”, katanya.

Menurutnya, tindakan Anwar meletakkan foto-foto pertemuannya dengan aktivis Timur Tengah di blog rasmi dan jawapannya yang panjang lebar boleh membawa maksud Anwar tidak akan menarik balik kenyataannya spertimana yang disarankan oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini.

“Anwar tidak tarik balik kenyataannya. Dia terus guna alasan bukan dia saja yang buat kelaku, Umno pun buat. Malah, dia tak teragak-agak memperbodohkan kita dengan those worthless photos.

Blogger cenangau dalam artikelnya bertajuk “Kenyataan penuh Anwar – Jadinya, bila Anwar nak saman?” pun sependapat dengan Penarik Beca.

“Dengan kenyataan penuh ni, apa yang aku faham, Anwar Ibrahim memang bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan negara Israel.Aku rasa pemimpin PAS memang dah lama faham dan maklum pendirian Anwar ni. Cumanya macam yang aku tulis sebelum ni, pemimpin PAS amat bimbang dengan persepsi rakyat terutamanya majoriti orang melayu Islam.

“Aku dah bentangkan pendapat aku berkaitan mentaliti majoriti orang melayu Islam yang “dalam kepala puak-puak jenis ni mungkin cuma ada dua pilihan, ya atau tidak.Sokong Palestin atau sokong Israel”, katanya.

Menurutnya,sekarang tidak timbul lagi soal tarik balik kenyataan di WSJ atau saman WSJ kerana Anwar sendiri mengaku menyokong kedaulatan Israel sepertimana yang dilaporkan majalah itu.

“Tapi, kalau ikut kenyataan media tu Anwar nampaknya memang mengaku bersetuju untuk iktiraf kedaulatan negara Israel dan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dan Anwar jugak tak kata ASWJ salah. Jadinya tak timbul soal dia nak tarik balik kenyataan dia ataupun nak saman ASWJ.Jadinya sekarang ni, tanggung jawab utama yang terletak atas kepala Anwar Ibrahim adalah untuk memastikan majoriti orang melayu Islam faham apa yang dia maksudkan, satu kerja yang cukup berat dan nampak macam hampir mustahil dia boleh buat.

“Kalau dia buat roadshow ke seluruh negara pun aku yakin dia takkan berjaya fahamkan majoriti orang melayu Islam dengan pendirian dia tu”, katanya.

Pandangan Penarik Beca dan cenangau turut dikongsi sentimen yang sama oleh blogger Aduka Taruna dalam artikelnya bertajuk “Kewujudan Israel akan diiktiraf? Bangsat punya Anwar”

Aduka Taruna memetik ayat Anwar berbunyi “Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf” yang mengesahkan hasrat sebenar Ketua Umum PKR itu.

“Kalaulah tidak kerana priority mendapatkan Malaysia Baru, malam ni jugak gua cari lu. Sikit dan secebis pun gua tak takut dengan kepetahan lu atau pengikut2 lu. Demi Allah”, katanya.

Sumber AIDC

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

inilah yang dikatakan terbuka pintu akal tetapi tertutup pintu hati - mereka tetap sokong nwar - tak lama lagi mereka akan menyamatarafkan perkataan nwar itu dengan perjanjian hudaibiyah yang pernah nabi buat - begitu kuatnya kepercayaan mereka kepada imam mahdi ustad bad man.

Anonymous said...

Tujuan Anwar tidak lain dan tidak bukan ialah cuba menarik sokongan barat terutama amerika syarikat sambil membayangkan kepada mereka yang dia adalah seorang bakal PM Malaysia yang lebih terbuka dan diplomatik. Tujuannya semata-mata adalah untuk mendapatkan DANA untuk menghadapi pilihanraya. Jika nik ajis sanggup bekerjasama dengan syaitan, apa salahnya anwar bekerjasama dengan israel? Semoga Allah pupuskan spesies2 ni dari muka bumi ni secepat mungkin demi keselamatan ummah..

 
 
Blogger Templates