Social Icons

Pages

Tuesday, February 21, 2012

EKSKLUSIF !!! DOKUMEN SULIT BPR KE ATAS VC UITM DI DEDAHKAN !!! KAMI MINTA SIASATAN LANJUT !!!



apa kena mengena dengan Dokumen sulit ini dengan UITM ??? sebelum itu kita lihat dulu kenyataan di bawah

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa naib canselornya Datuk Sahol Hamid Abu Bakar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.

Sumber Meloyakini


Dokumen yang ada diatas menunjukkan bahawa SPRM ataupun dulu dikenali dengan nama BPR telah mengesahkan bahawa terdapat salahgunakuasa berlaku dalam pemilihan anak Datuk Sahol Hamid Abu Bakar mendapatkan Biasiswa.

Pihak BPR juga telah meminta pihak Universiti mengambil satu tindakan keatas Datuk Sahol Hamid Abu Bakar pada waktu itu yang difikirkan perlu demi menjaga kepentingan awam terutama imej UITM sendiri.





Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Bertindak dari keputusan siasatan BPR maka Dato Seri Prof Ibrahim Shah yang waktu itu Naib Cancelor UITM menghantar hasil keputusan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Surat bertarikh 14 Oktober 2008 sepertimana yang didalam Gambar diatas ini.

Bekas Pengarah Pejabat Pengurusan Program di Kementerian Pengajian Tinggi,Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar dilantik Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 Januari lalu menggantikan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang tamat tempoh perkhidmatannya. Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam satu kenyataan media semalam, berkata surat pelantikan Dr Sahol Hamid diserahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 30 Disember lalu dengan tempoh lantikan selama dua tahun. - 3 Januari 2010

saya minta pihak Bertanggungjawab Menjelaskan mengenai pekara ini.Dokumen yang dilampirkan sepertimana diatas juga perlu diberikan penjelasan yang selanjutnya oleh pihak SPRM,Kementerian Pengajian Tinggi.

Jangan kerana beberapa individu yang berkepentingan maka mengakibatkan imej UITM musnah dan mencemar para pelajar Bumiputera UITM Keseluruhannya. Tindakan lanjut mesti diambil.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates