Social Icons

Pages

Wednesday, February 01, 2012

HOT NEWS !!! ADAKAH HASAN ALI AKAN MERAYU MASUK PAS SEMULA ???


JANGAN LUPA HADIR MALAM INI !!!

SEBARKAN !!!

Selepas menyelar kalangan pemimpin Pas sebagai parasit, Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau belum membuat keputusan samada akan merayu tindakan parti itu memecat beliau awal bulan lalu.Tarikh akhir untuk beliau berbuat demikian adalah 7 Februari. Ketika berceramah di Bandar Baru Bangi semalam,Hasan berkata beliau akan membuat keputusan dalam beberapa hari lagi.

"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi,adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".

Antarpos Melaporkan Sekitar 1000 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.Kelmarin Hasan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Parlimen Khalid Samad sebagai parasit dalam parti itu yang dimaksudkan beliau sebelum ini sebagai perosak parti dan agama.

Hasan dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu dan kurang seminggu kemudian digugurkan sebagai Exco Agama, Adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur.Beliau mendakwa Pas kini dibawah telunjuk Parti Keadilan Rakyat dan ini diserlahkan dengan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama daripada Pas.


Malam tadi,selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.Dalam ceramahnya itu,Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya mengekang penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.

"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.

Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membawa tindakan sedemikian.

"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.

Hasan menggesa rakyat untuk memberikan sokongan penuh kepada usahanya menubuhkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan bergelar Jati untuk membawa wadah perjuangan agama, hak orang Melayu Raja-Raja Melayu yang bebas daripada politik sempit kepartian.Jati akan dilancarkan pada 21 Febuari ini.

KITA LAYAN VIDEO DI BAWAH



JAWAPAN UNTUK HASAN ALI !!!

TERUSKAN DENGAN PERJUANGAN NGO YANG BERNAMA JATI !!!

TAK PERLU MERAYU UNTUK KEMBALI KEPADA PAS !!!

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Tu dia Hassan Ali makin meroyan...ucapan dia dlm perhimpunan yg disertainya sudah mula bertukar menjadi ceramah politik...dia dah mula menyalahkan org lain...cakap dia tak ubah macam ceramah politik, kutuk sana, fitnah sini...

Kata org parasit, dia tu kini bagai pelesit tak bertuan...ceramah dia hanyalah ilusi kenangan dibuang olh pas sebab kononnya perjuang akidah...

ceramah dia asyik salahkan org, kutuk org, fitnah org, tak ubah spt ceramah umno...

org2 yg dengar pun adalah org2 umno sendiri pun...

nampak gayanya hasan ali dah ambil alih tugas umno jaga melayu/islam/raja...bacul sungguh umno...hanya hasan ali sorang saja yg boleh selamatkan melayu/islam/raja...

bubar jer umno...

ini semua perancangan umno jadikan kes hasan ali nak pecah undi kononya ada third force..kalu umno kuat tak perlu ada org macam hasan ali, tak perlu third force mcm perkasa, jati, dll...

hasan ali, ibrahim ali adalah org buangan...meroyan macam murai cabut ekor...dialah parasit dan pelesit sebenarnya

Supar Yop said...

Jangan takut Pak Anon, sekejap lagi Azizan kena buang , Nasharuddin pun kena jugak dan mana yg tak sehaluan dgn PKR dan DAP akan kena buang. Yg buang tinggal lah sisa2 yg menjilat tapak kasut Anwar dan Sheikh Kit Sial dan Karpal Kurang Ajar Singh..

 
 
Blogger Templates