Social Icons

Pages

Saturday, February 18, 2012

ISU AIR DI SELANGOR !!! MAJLIS BELIA SELANGOR BERSUARA !!!


KENYATAAN MEDIA - Majlis Belia Selangor

ISU AIR SELANGOR – BELIA MAHUKAN PENYELESAIAN SEGERA

1) Merujuk kepada perkara di atas kami dari semua peringkat persatuan belia di negeri Selangor mahukan dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri Selangor dengan segera.

2) Dari laporan media cetak dan elektronik kami maklum sudah banyak kali kedua-dua pihak telah bermesyuarat akan tetapi gagal membuat sebarang keputusan. Semalam EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor akan menggunakan kaedah; a) proses pengambilan air mentah dari bekas-bekas lombong, pengambilan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan dan air mentah dari takungan hujan.

3) Sebelum ini perbincangan kedua pihak gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan kelulusan berhubung 3 perkara berikut iaitu; a). pengambilan balik tanah hak milik; b). penggunaan tanah rizab hutan simpan; dan c). kelulusan arahan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor telah berjalan mengikut jadual yang dirancang, namun pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 telah mengalami kelewatan yang sangat kritikal.

4) Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih berdegil tidak mahu memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat. Malahan mereka telah mencadangkan perkara yang lain pula. Bukankan cadangan mereka ini juga memerlukan jumlah kewangan yang besar menggunakan duit rakyat Selangor? Bukankan anak syarikat negeri Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang dipilih untuk meneraju pemindahan air mentah ini kroni kepada kerajaan negeri? Apakah jaminan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memilih syarikat perunding dari luar untuk membuat kerja-kerja ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang dimana syarikat perunding luar dari Singapura yang dilaporkan menjadi perunding untuk membina rumah kos rendah?

5) Jika Kerajaan Negeri betul-betul serius dengan permasalahan air di Selangor mengapakah baru sekarang dicadangkan perkara di atas, sepatutnya dari 2008 lagi. Adakah Kerajaan Negeri baru Yakin bahawa tahun 2014 Lembah Kelang termasuk Selangor akan mengalami masalah air, maka cadangan-cadangan ini diunjurkan sekarang. Berapa lamakan cadangan-cagangan ini dapat direalisasikan? Berapakah jumlah kos yang akan dibelanjakan duit rakyat Selangor?

6) Unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan bahawa permintaan bekalan air terawat pada tahun 2011 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,631 juta liter sehari, iaitu melebihi keupayaan pembekalan sebanyak 4,431 juta liter sehari dengan defisit bekalan sebanyak 200 juta liter sehari. Menjelang akhir tahun 2014 pula, defisit bekalan dijangkakan meningkat kepada 703 juta liter sehari dengan permintaan bekalan air terawat dijangkakan meningkat kepada 5,349 juta liter sehari berbanding keupayaan pembekalan sebanyak 4,646 juta liter sehari.

7) Kami juga kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor kerana memandang rendah kredibiliti, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kemahiran dalam membuat penyelidikan dan laporan berkenaan permasalahan air ini.

8) Oleh itu, kami mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berdolak dalih, menuding jari dan menghenti mempolitikkan isu air di Selangor ini. Kami TIDAK YAKIN dengan janji Kerajaan Negeri Selangor kerana janji pilih raya dahulu pun masih tidak tertunai lagi, apatah lagi isu besar seperti ini dapat diselesaikan.

Terima Kasih.

Badrul Hisham Badrudin

Timbalan Presiden
Tel: 0174809722

Sumber KGC

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Cheguman said...

Isu air di selangor bukan masalah rakyat. Ia masalah orang politik. Kerajaan negeri mahu mengambil alih syarikat itu kerana ia perniagaan yang amat menguntungkan tanpa risiko.

Oleh kerana syabas dimiliki orang Islam maka syarikat itu bebas samada membayar cukai atau membayar zakat.

Jika zakat, melepaslah orang bukan Islam.

Minta cara baik tak dapat. Maka kerajaan negeri beri tekanan pada syabas. Itu pun tak berkesan. Maka orang tertentu melakukan sabotaj agar rakyat aka pengguna memberontak.

Awas, tangan siapa di belakang semua ini?

 
 
Blogger Templates