Social Icons

Pages

Sunday, February 12, 2012

ISU PALESTIN-ISRAEL !!! PRESIDEN PAS TOLAK CADANGAN TWO STATE SOLUTION !!!


Pas menegaskan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah “haram menerima kewujudan negara haram.”Sehubungan itu kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel,dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini, menjadi isu kontroversi.Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Menulis di blognya,Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata,walaupun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, pihak berkenaan perlu menyedari bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

“Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh,” katanya lagi.

Abdul Hadi berkata,bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah.Katanya, Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka.

Malah katanya, sejarah membuktikan hanya pemimpin Islam dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.Menurut Abdul Hadi, negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi.

“Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua bagi mengotakan Perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh Yahudi, sejak Perang Dunia Pertama lagi.Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia.

Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka,” katanya lagi.

Abdul Hadi juga berkata, negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka.Katanya, bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates