Social Icons

Pages

Friday, February 10, 2012

ISU PENAHANAN HELMI !!! NAK TUNGGU ANWAR IBRAHIM ??? KENAPA ELI NAK LARI ???


Kerajaan Negeri akan menunggu kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti dan membawa laporan penahanan lelaki yang dikaitkan dengan parti itu di Indonesia dalam Mesyuarat Biro Politik PKR,minggu ini.

SH melaporkan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlangsung semalam ditunda kerana ketiadaan Anwar.

“Sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan baru, kita akan berbincang dengan Biro Politik PKR dalam minggu ini,” katanya kepada media,semalam.

Kelmarin,Kerajaan Negeri memberitahu bahawa pihaknya akan bertindak jika isu ini memberi implikasi kepada kerajaan,pemimpin dan pentadbiran Negeri Selangor.Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar berkata, adalah tidak beretika sekiranya wujud sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

Sementara itu,Utusan Malaysia,8 Feb melaporkan pihak polis mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Batam,Indonesia,Jumaat lalu,merupakan lelaki diburu pasukan itu sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Hilmi Hazimin Malek bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya telah menerima pengesahan identiti lelaki itu daripada pihak berkuasa negara jiran tersebut.Menurutnya, bagaimanapun lelaki tersebut pada masa ini masih disiasat Polis Republik Indonesia (Polri) berhubung kesalahan dilakukan di negara itu.

“Pihak berkuasa Indonesia meminta sedikit masa untuk melengkapkan siasatan mengikut prosedur dan dakwaan yang dikemukakan terhadap lelaki tersebut.Kita bagaimanapun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam,Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata,pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa negara jiran itu untuk pengesahan bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan.Dalam pada itu,menurut Chin Wah,lelaki tersebut dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk membantu siasatan kes melibatkan Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.Kenyataan tersebut mengulas laporan beberapa akhbar hari ini yang menyiarkan berita berhubung penahanan seorang lelaki yang mendakwa sebagai anggota PKR.Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai ‘Azmin Helmi’, 37,ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.

Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu dan dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.Imigresen Batam pula dilaporkan memberitahu media bahawa Azmin yang menyatakan dia adalah anggota PKR telah memasuki Indonesia atas saranan keluarga dan parti tersebut, dengan menggunakan pasport Malaysia melalui pelabuhan Tanjung Balai di Karimun pada 15 Februari 2009.Dia dikatakan memberitahu pegawai penyiasatan bahawa dia telah menjelajah ke serata Indonesia, melawat Pekan Baru, Jakarta selain tinggal di Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa melebihi 30 hari tempoh visanya.


NAK LAGI SAMBUNGAN NYA ??


TAKKAN ELI MENGELAK KOT ???

KEKASIH GELAP SIAPA TU YEK ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Takde Anwar Ibrahim, parti tak boleh buat keputusan/ tak boleh jalan ke? Bukannya kata mereka ni demokratik?

Anonymous said...

La tak kan tuan hamba tidak tahu..mereka semua tu kan bodoh bodoh dan bangang bangang belaka..

 
 
Blogger Templates