Social Icons

Pages

Monday, March 12, 2012

AL-FATIHAH !!! IBRAHIM BACHIK MENINGGAL DUNIA !!!


Walaupun terlambat berita ini,saya tetap keluarkan.Komposer vateran Datuk Ibrahim Bachik yang berumur 73 tahun meninggal dunia pada 8 Mac 2012. Arwah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Selasa lalu akibat penyakit asma,radang paru-paru dan tekanan darah rendah. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya jam 5.16 pagi di sisi isteri dan anak-anaknya.Jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Jasin, Melaka,selepas solat Zuhur.Arwah meninggalkan tiga anak,Nora,Rozita dan Muhammad Syukor.

ArtisMelayu.Net Melaporkan Ibrahim Bachik ialah penerbit muzik bersama Orkestra RTM dan telah 17 tahun bersara.Dalam tempoh bersara tersebut,Ibrahim Bachik menjadi guru vokal di sebuah sekolah muzik di ibu negara serta menganjurkan kelas-kelas nyanyian. Ibrahim Bachik pernah menerima anugerah Muzik Tema Berkesan, Festival Filem Malaysia ke-4 menerusi filem 'Bila Hati Telah Retak'.

Selain menjadi guru vokal,Ibrahim Bachik juga mencipta serta menggubah lagu puisi dan komersial. Lagu puisi yang mengangkat namanya termasuk 'Kekasih' nyanyian Kumpulan Kopratasa dan 'Berkolek Bersajak' karya JM Aziz.Lagu puisi awal yang dicipta Ibrahim ialah 'Senyum',berdasarkan puisi kawan rapatnya, Atondra, pada 1968.Selain itu,Ibrahim Bachik juga menggubah lagu 'Bicara Dengan Teman Lama' berdasarkan puisi karya tokoh wartawan, Tan Sri Samad Ismail, di samping lagu daripada puisi bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad,berjudul 'Melayu Mudah Lupa' yang dinyanyikan kumpulan Ibraba.

Ibrahim Bachik pernah berkata : "Walaupun seseorang itu tidak memiliki wajah yang tampan atau cantik,namun kerana vokal yang baik, mereka akan disanjungi". Katanya lagi,penyanyi yang mempunyai vokal baik dan mengetahui seni muzik biasanya mempunyai ketahanan yang lebih.Hal seperti ini banyak ditekankan oleh penyanyi Barat dan kerana itu mereka mampu bertahan dalam dunia seni.

Ibrahim bachik pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Penyanyi,Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita). Guru vokal Ibrahim Bachik ialah Zuber Said dari Singapura.

Ibrahim pernah membintangi filem seperti 'Gerak Kilat' sebagai pelakon pembantu pada 1966. Namun penglibatan Ibrahim Bachik dalam bidang perfileman adalah lebih banyak kepada penghasilan muzik dan kesan bunyi.Antara filem yang mendapat sentuhannya seperti Panas (1998),Bila Hati Telah Retak (1983),Cikgu Sayang (1983) dan Tuan Badul (1979).

AL-FATIHAH...

No comments:

 
 
Blogger Templates