Pelawak Abon (Osbon) menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan itu mula meletakkan harga bayaran yang tinggi bagi persembahan mereka sebagai cerita yang tidak munasabah.Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad,berkata dia enggan melayan dakwaan mengarut sebegitu,malah turut berasa ‘simpati’ dengan tuduhan kosong beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kumpulan tersebut.
“Saya sangat ‘kasihan’ dengan pihak yang menuduh Osbon semakin sombong dan menetapkan harga bayaran yang tinggi bagi persembahan kami. Tiada istilah atau komen lanjut yang sesuai untuk perkara seperti ini.Saya tahu perkara ini tersebar kerana perasaan tidak puas hati segelintir pihak apabila permintaan mereka tidak dapat kami penuhi atas sebab-sebab tertentu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Abon berkata,sebagai pelawak yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang seni,dia atau gandingannya Mr Os tidak pernah menetapkan harga yang tidak masuk akal seperti digembar-gemburkan itu.Bagaimanapun, katanya,harga tersebut haruslah wajar dan berpatutan dengan bakat,pengalaman dan portfolio mereka selepas memenangi program Maharaja Lawak Mega (MLM) pada tahun lalu.
“Kami tidak pernah letak harga yang bukan-bukan.Kalau diikutkan harga kami tetapkan tidak seberapa berbanding pengalaman,bakat dan profil.Malah,pelawak-pelawak yang lebih muda dan baru setahun jagung mendapat bayaran jauh lebih tinggi daripada kami.
“Apakah itu dinamakan kami meletakkan harga tinggi? Kami tidak pernah memilih tawaran, jika kena pada cara dan tolak-ansur, kami ambil sahaja walaupun harganya tidak setimpal dengan apa yang kami tawarkan,” katanya.
Osbon yang dianggotai Abon dan Mr Os ketika menjuarai program Maharaja Lawak Mega, pada Disember tahun lalu.
Abon berkata apa yang dikesalkan,sebelum ini kewujudannya dalam industri sering dianggap remeh dan tidak mendapat sokongan media tetapi sejak menjuarai MLM 2011 pelbagai cerita dan tumpuan mula terarah kepada mereka yang berbaur negatif pula.
“Selama ini pun saya berdikari dalam industri dan tidak pernah kecoh untuk publisiti atau letak harga apa pun. Saya bekerja dalam bidang ini untuk wang dan tidka kisah tentang soal publisiti.Orang ramai akan faham kalau juara MLM 2011 ini hendak letak harga atau apa sekali pun kerana kami sudah buktikan kemampuan kami.Yang lucunya, orang luar tidak kecoh tetapi orang dalam industri sendiri pula yang berkata macam-macam,” katanya yang menerima pelbagai undangan persembahan pentas tanpa henti sejak menjuarai MLM 2011.
Sebagai sindiran kepada segelintir pihak yang memburukkan nama dan reputasinya dan kumpulan tersebut, Abon sempat membacakan serangkap pantun secara spontan yang berbunyi:
Jangan ikut perangai hantu,
Sebab hantu asalnya syaitan,
Kalau kita tak membantu,
Tolong jangan nak jatuhkan.

No comments:
Post a Comment