Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO,Tengku Azman Zainol Abidin melihat Program Berbasikal ‘Fun Ride’ sempena Hari Wilayah 2012 Ahad lalu mencapai sasaran.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang seterusnya berkata dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada program tersebut turut menyatakan komitmen untuk menjadikan bandar raya Kuala Lumpur kawasan mesra basikal seperti Putrajaya.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri yang sanggup turun bersama dengan belia dan pencinta aktoviti berbasikal ini dan berharap apa yang dinyatakan beliau menjadi kenyataan kelak.Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, aktiviti berbasikal amat baik bukan sahaja untuk golongan belia malah untuk semua peringkat lapisan umur kerana ianya memberi banyak manfaat kepada umum,” katanya kepada UMNO-Online.
Seramai 900 pengayuh basikal pelbagai bangsa dan usia menyertai program itu berkayuh sejauh 12.5 kilometer bermula dari Kompleks Kraf Jalan Conlay,bermula jam 8.30 pagi sehingga ke Hotel Equatorial Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke lokasi pelepasan,kira-kira satu setengah jam kemudian.Turut hadir,Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi SHEB,Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Program Berbasikal ‘Fun Ride’ sempena Hari Wilayah 2012 anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dilaporkan berkata bandar raya Kuala Lumpur akan mengikut jejak langkah Putrajaya menjadi kawasan mesra basikal menerusi penyediaan pelbagai kemudahan untuk penunggang basikal dalam masa terdekat.Menurut beliau perbincangan mengenainya sedang dijalankan dengan mengambil kira beberapa faktor terutama keselamatan sebelum ia dilaksanakan.
“KL (Kuala Lumpur) banyak kawasan yang perlu diubahsuai, tidak semua kawasan mesra basikal, takut ada kemalangan, perlu fikir pengguna trafik yang lain juga, ” katanya.
Selain itu,Raja Nong Chik berkata, pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengambil pelbagai langkah dalam memberi lebih ruang kepada pejalan kaki dan penunggang basikal di dalam bandar.
“Untuk pejalan kaki kita sedang sediakan walkway dan untuk yang berbasikal apabila selesai projek menghubungkan taman-taman di sekitar KL ini, ia akan (lebih) galakkan aktiviti berbasikal, ” katanya.
Mengenai bandar mesra-basikal Putrajaya,katanya,kerajaan akan membina stesen basikal di Putrajaya dalam tempoh terdekat bagi memudahkan orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar negara menggunakan pengangkutan itu untuk bergerak di sekitar kawasan berkenaan.
ANDA LIHAT !!!
INI LAH MANFAAT KALAU ANDA UNDI BARISAN NASIONAL !!!
KALAU UNDI PAKATAN HARAM APA ANDA DAPAT !!!
BERKOKOK JER PANDAI !!!
JANJI TAK DI TUNAIKAN JUGA !!!
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment