Social Icons

Pages

Saturday, March 17, 2012

SKANDAL RASUAH MELIBATKAN TIAN CHUA,WILLIAM LEONG DAN BARU BIAN TERSEBAR !!!

Link
Ini adalah pendedahan terbaru RPK yang disiarkan oleh www.malaysia-today.net. Kisah ini melibatkan beberapa kepimpinan PKR yang menuntut rasuah sebanyak USD 10 juta dari sebuah syarikat.Perkara tersebut melibatkan projek pengswastaan antara Kerajaan Selangor dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB).

Projek tersebut berkenaan pembangunan Pasar Selayang serta pembangunan sekitar termasuk lot-lot kedai dan perumahan yang bermula sejak tahun 1997.Ianya terbahagi kepada tiga fasa.Fasa pertama telah siap pada tahun 2009.Fasa kedua dan ketiga tidak dapat dimulakan kerana tapaknya diduduki oleh peniaga-peniaga yang enggan berpindah ke tapak baru di fasa pertama yang telah pun siap.

Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan (AASB) untuk memulakan fasa kedua dan ketiga, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya AASB memilih untuk mencari penyelesaian melalui jalan politik. Melalui seorang pemimpin PKR Sarawak , Baru Bian, AASB telah diperkenalkan kepada ahli parlimen Selayang yang juga bendahari PKR Pusat , William Leong. Setelah beberapa kali berbincang mereka telah mencadangkan agar perkara tersebut dibawa ke perhatian MB Selangor.

Untuk memudahkan kerja melobi MB, mereka harus cari orang yang MB boleh mendengar cakapnya. Lalu Baru Bian telah memperkenalkan Tian Chua kepada kontraktor berkenaan. Ini kerana Tian Chua dikatakan menjadi telinga kepada MB Selangor. Selepas itu kes berkenaan diambil alih oleh Tian Chua dari William Leong.Setelah diambil alih oleh wakil MB Selangor iaitu Tian Chua,maka bermulalah satu episod baru kepada AASB. Tidak lama selepas itu, dan mungkin setelah mendapat lampu hijau dari Pejabat MB Selangor atau dari ibu pejabat PKR,Tian Chua telah bertemu dengan AASB dan meletakkan syarat-syarat berikut.

AASB diminta mengemukan penyata tuntutan sebanyak RM 70 juta untuk pembinaan pasar dalam fasa pertama dan
tuntutan itu AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri.

AASB diminta untuk melepaskan fasa kedua serta ketiga dan bayaran RM 70 juta yang AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri termasuk sebagai ganti rugi kerana AASB sedia melepaskan dua fasa berkenaan.

AASB diminta untuk menyerahkan tanah bagi fasa kedua dan ketiga kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan seorang pimpinan PKR.

Daripada jumlah RM 70 juta yang diterima dari AASB, sebanyak USD 10 juta (RM 30 juta) perlu dikembalikan kepada Tian Chua sebagai derma kepada PKR.Mereka nak bayar RM 70 juta, kemudian nak ambil balik tanah dan nak balik wangnya RM 30 juta. Nak bayar dalam RM, nak balik dalam USD.

Sumber Sel13.Com

Kenapa mereka nak balik dalam USD ???

Ini wang rasuah

Kalau diberi dalam wata wang Malaysia,not paling besar adalah RM 100.Untuk isi not RM 100 sebanyak RM 30 juta ,entah berapa guni atau beg yang diperlukan,dan juga masalah tempat untuk menyimpannya.Jika diberi dalam mata wang US,not paling besar juga USD 100,tetapi ianya bersamaan dengan RM 300.Maknanya dua kali ganda beg atau guni telah berjaya dikurangkan.Wang rasuah transaksinya semua tunai.Tidak ada orang yang lakukan transaksi rasuah melalui bank.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

RAsuah pemusnah negara!!! dok cakap pasei BN makan RAsuah meka2 nie lagi teruk !!

Anonymous said...

Habis setelah dapat RM 30 juta tu masuk kat account siapa plak? Sebab auditor mesti kira dari mana dtgnya duit tu.
Menurut firasat aku dia mesti masukkan kat account forex yg berada kat singapore ataupun buat transaksi bank di singapore untuk bank offshore!!!

Anonymous said...

cuba kira jumlah wang yg di salah gunakan,rasuah,projek terbengkalai,hutang pemimpin tak berbayar pada bank,skandal wang pembayar cukai,duit kwsp,nilai ringgit susut dll selama be end memerintah.Berpuluh atau ratus billion ringgit

Anonymous said...

cuba kira......aku tak tahu secara terperinci....kalau kau tahu...tolong bagitau.....tq

 
 
Blogger Templates