Social Icons

Pages

Tuesday, April 03, 2012

ANWAR IBRAHIM KEMBALI TABUR JANJI SEBELUM PRU 13 !!! SELANGOR APA CERITA ??? WAJIB BACA !!!


Semakin dekat desas desus PRU 13 dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup,semakin kuatlah pihak pakatan haram membuat janji-janji manis.Malangnya,kesemuanya hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar halwa telinga semata-mata.mana tak nya,janji lama masih banyak lagi belum di tunai dah keluar janji baru.macam biasa,Paling ke depan dalam membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim.

Anwar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat membara,walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.Ke mana-mana sahaja beliau pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti tentang kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Haram kecuali janji-janji untuk mengelirukan rakyat.Anwar memang pandai berpidato dan menabur janji,sebab itu kelebihan ini digunakan sepenuhnya.anda tahukan pengalaman saya ketika saya bersama dalam pakatan haram dulu

KEPADA YANG BELUM LAGI BACA

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Antara janji pertama yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Haram akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.Lihat betapa teringinnya Anwar kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk akal.Alasan yang diberi Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.

Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri kewangan,malangnya Anwar menunjukkan pemikiran cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.Kalau begitulah cara beliau berfikir,tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa.Semua rakyat faham,harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.

Walaupun Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.Sebab itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.Cadangan Anwar untuk menurunkan harga minyak,tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.

Tengok sahaja di Selangor bagaimana Pakatan Haram mentadbir negeri terkaya di MalaysiaKalaulah Pakatan Haram berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion di bawah pentadbirannya,mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat ???

Jika setiap janji Pakatan Haram semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap !!!

Ini baru termasuk janji air percuma,bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma itu dan ini, seperti khairat kematian,pelajar univerisiti,bayi baru lahir,bantuan warga emas dan sebagainya.Pakatan Haram tidak pernah mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.

Kini yang dibaca di dalam laporan media,Pakatan Haram bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada syarikat swasta.Inilah cara Anwar mengurus kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.Bunyi jawatannya amat gah dan mengerunkan tetapi idea yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya hanya akan merugikan negeri dan negara.

Mungkin sebab itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal !!!


RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

org pembelit mcm ni mau ikat tgn dia dan letak kat sarang semut api. Jika tidak dia akan putar sekelian alam ni, dari masyrik hingga maghrib. Dah la tu, bila sedar masyarakat dah meluat bukti majlis kurang sambutan, sedarlah diri, jgn dok perasan sokongan orang mcm '98 dulu. Ramai yang dah terkena dan tak rela dikenakan lagi...

 
 
Blogger Templates