Social Icons

Pages

Saturday, April 14, 2012

HOT NEWS !!! BUKTI PKR DI SELANGOR SESAK NAFAS TERSEBAR !!!


Sudah beberapa artikel sebelum ini di Selangor Daily menceritakan tentang PKR Cabang Kapar yang mengalami krisis meruncing apabila terbahagi kepada beberapa kumpulan yang berniat untuk menjadikan kerusi DUN Sementa dan Parlimen Kapar sebagai medan untuk mendapat “kelayakan atau lesen” bagi menyertai kempen “memfaraidkan harta rampasan perang”, fasa 2, sekiranya PKR terus memerintah Selangor Darul Ehsan.Apa yang terjadi di Kapar adalah mesej jelas kepada seluruh warga Kapar, bahawa kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.

Parti itu sedang mengalami masalah kepimpinan berikutan “habuan lazat” yang berada di SUK,yang masih belum dapat dinikmati oleh kebanyakkan pemimpin parti.Mungkin,perlantikan ketua cabang Kapar,sebagai ahli majlis dengan menikmati elaun RM2,500 sebulan dan elaun mesyuarat RM250 boleh dijadikan bukti bahawa “rotation” yang dibuat dalam perlantikan jangka pendek itu sebagai satu usaha kerajaan negeri untuk membuat semua pihak “merasa” dengan “harta rampasan perang” berkenaan.


Proses perlantikan ini adalah “on-going” dengan calon-calon lain sudah dikenalpasti. ”Endorsement” dari Ronnie Liu mungkin diperlukan.

Seperti apa yang dilaporkan di dalam blog Gerakan Timur,majlis rapat rakyat yang dihadiri oleh Anwar hanya dihadiri kira-kira 700 orang, satu bilangan yang seharusnya memalukan Anwar ke tahap optimum,selaku ketua umum PKR dan Pakatan Rakyat.Kedegilan satu lagi pihak bermakna mereka tidak lagi hormat kepada kepimpinan Kapar dan juga Anwar yang mungkin selama ini dipinggirkan oleh barisan kepimpinan Cabang sendiri.

Terdahulu,satu program bersama Anwar di Kapar juga telah menimbulkan kekacauan apabila kejadian koyak mengoyak kain rentang berlaku di antara kepimpinan Cabang Kapar,yang saling mahu mengambil kredit dari usaha membawa Anwar ke Kapar.

Apa pun alasan,PKR dilihat gagal menjalankan tugas di Parlimen Kapar,sungguhpun telah 4 tahun diberi mandat oleh rakyat Kapar.Ahli Parlimennya hanya bersuara lantang seketika, kemudiaannya senyap sunyi.Contohnya, isu penyelewengan pasir yang didakwa oleh YB Manicksavagam beserta dengan bukti dan saksi yang beliau kemukakan yang kemudiaannya ibarat “melepaskan batuk di tangga”.Rakyat sehingga kini masih menantikan tindakan lanjut dari YB Kapar dalam isu pasir yang dibangkitkannya.Bagai ada yang tidak kena apabila YB Kapar tiba-tiba terus diam dalam isu ini.

Pergelutan yang berlaku mengakibat rakyat Kapar terus diabaikan dari hak yang seharusnya dinikmati. Maka, saat ini jawapan yang paling popular di kalangan pemimpin mereka adalah apa yang keburukan yang berlaku di Kapar adalah salah UMNO dan Barisan Nasional.Mudah Atau,sidang akhbar ini hanya untuk menutup malu apabila Cabang Kapar gagal menunjukkan kekuatan mereka di hadapan Ketua Umum mereka.

GAGAL SECARA TOTAL !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates