Social Icons

Pages

Sunday, April 08, 2012

HOT NEWS !!! KERANA KASUT CROCS KANAK-KANAK PEREMPUAN HAMPIR HILANG KAKI !!!


Memakai dan memiliki kasut berjenama Crocs suatu ketika dahulu merupakan fenomena fesyen yang berlaku di negara kita.Rata-rata orang ramai berusaha untuk mendapatkan kasut Crocs kerana menganggap kasut itu merupakan satu fesyen yang sangat eksklusif dan memberikan kelainan kepada si pemakai.

masihkah anda ingat lagi kejadian seorang kanak-kanak perempuan hampir hilang kakinya apabila kakinya tersangkut di eskalator di sebuah kompleks membeli-belah,The Gardens,Mid Valley ??? saja nak ulang semula peristiwa ini,sekadar peringatan kepada semua pembaca Badut Rakyat.Kemalangan ngeri tersebut hampir meragut nyawa kanak-kanak itu kerana kasut Crocs yang dipakainya tiba-tiba tersangkut di celah-celah eskulator ketika mesin tangga itu sedang bergerak.

Namun,atas tindakan pastas pekerja-pekerja pengurusan pusat membeli-belah itu menelefon pihak bomba, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan walaupun memakan masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu.kaki kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan yang amat teruk dan dikejarkan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya.

Punca terjadinya kemalangan ngeri itu adalah dari kasut Crocs yang dipakai oleh kanak-kanak itu kerana struktur getah lembut kasut Crocs itu menyebabkan kasut itu mudah ditarik masuk ke dalam eskalator.

4 comments:

Sudir said...

Moral of the story.. Pakailah SELIPAR JEPUN..

Anonymous said...

pakai la apa jenama sekali pun...

kalau jenis dok nganga tu malang akan menimpa jugak...

pejuang hamas...

Anonymous said...

BUKAN!! Moral of the story:-

" INI SUMA SALAH UMNO!! "

Anonymous said...

Ayat benggong.keh keh keh

 
 
Blogger Templates