Social Icons

Pages

Wednesday, April 18, 2012

HOT NEWS !!! ZED ZAIDI TERIMA UGUTAN BUNUH ???


Kontroversi panas yang melibatkan pelakon Zed Zaidi dan Aaron Aziz nampaknya masih belum reda lagi.Selepas melontarkan pendapat peribadi di Twitter serta blognya mengenai isu artis Malaysia yang seolah-olah dipinggirkan di negara sendiri,Zed Zaidi terus dikecam hebat oleh segelintir pihak terutamanya peminat Aaron Aziz.Malah,ekoran kelantangannya bersuara dalam menegakkan hak-hak artis Malaysia,laman rasmi Facebook Fanpage Zed Zaidi telah digodam oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka,Aaronators Crew.GUA sendiri telah mendapatkan reaksi Zed mengenai perkara tersebut dan Timbalan Presiden Seniman itu memberitahu sudah membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.

“Saya sudah pun membuat laporan polis pada 12 April lalu,di Balai Polis Mutiara Damansara.Hari ini (Isnin),saya akan buat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tindakan selanjutnya.Saya tak salahkan mereka yang melakukan perkara ini kerana mereka hanya peminat fanatik dan hanya meminati artis itu saja.Pandangan saya sebelum ini mengenai masalah industri dan mereka tak tahu dan tak faham mengenai masalah yang berlaku,” ujar Zed yang dihubungi GUA sebentar tadi.

Ditanya adakah tindakan Aaronators Crew menggodam Facebook-nya disebabkan tindakan Zed meletakkan gambar Mr. Bean pada wajah Aaron di poster Ombak Rindu,Zed menjawab,“Bila masa saya buat gambar itu,saya tak buat pun.Benda ini mengarut dan saya tak ada masa nak buat benda-benda macam ini.Ini satu provokasi dari orang yang tak bertanggungjawab,” tegas Zed yang turut menerima ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali.

“Bukan saya saja yang kena hentam,isteri saya pun kena hentam.Saya risau memikirkan keselamatan isteri yang tengah mengandung.Saya juga terima banyak ugutan bunuh namun saya masih belum membuat laporan polis sebab saya tengah kumpulkan semua mesej-mesej tersebut.”

Zed dalam perbualannya turut memberitahu apa yang terjadi ini tidak pernah akan menghalangnya dari terus bersuara serta memberikan pendapat.

“Kenapa saya harus rasa takut untuk bersuara di negara sendiri. Ini adalah tanggungjawab saya dan kenapa saya kena tutup mulut. Apa yang dikritik tidak semestinya saya menentang tapi saya berani bersuara untuk melakukan perubahan.Bayangkan kalau anugerah kewartawanan Malaysia dimenangi oleh wartawan luar,apa perasaan anda semua? Saya bercakap melalui fakta dan tidak bercakap kosong.Saya juga mengambil kata-kata Perdana Menteri kita,‘Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan’. Jadi,siapa yang nak dahulukan orang tempatan jika tidak kita sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan. - Gua.Com

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, skrg ni dah tak susah nak kenalpasti orang yg berpura-pura pada perjuangan...

 
 
Blogger Templates